TARIKH : 30 APRIL 2011
MASA : 7.00 PAGI
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MPSJ
PERASMIAN : DATO' ABD RAHMAN HJ ALI YDP PIBG
LAPORAN : YEO XIN JIE
Kejohanan Olahraga SMK Seafield bermula pada pukul 7 pagi. Ramai peserta
dan ibu bapa datang berduyun-duyun memenuhi Stadium Majlis Perbandaran Subang
Jaya di USJ 5. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran pelajar yang sibuk
mengambil tempat yang strategik. Tetamu dan pegawai sukan juga kelihatan di
ceruk padang. Masing-masing bertenaga dan ceria untukmenyambut hari yang
gilang-gemilang ini. Perasaan kegembiraan jelas terpancar pada wajah semua
hadirin. Tetamu kehormat majlis ini, yakni Yang Berbahagia Dato’ Abd Rahman bin
Haji Ali selaku Yang di-Pertua PIBG tiba di kompleks sukan dengan iringan
pengetua, penolong kanan, dan guru-guru kanan. Ketika itu, acara sukan 1500m
dijalankan secara serentak.
Tepat pada jam 8 pagi, Kejohanan Olahraga bermula dengan barisan lintas
hormat oleh semua Rumah Sukan dan Pasukan Badan Beruniform. Masing-masing
mencuba sedaya upaya untuk bersaing mendapat johan dalam acara perbarisan.
Terdapat juga pelajar yang mempamerkan kreativiti dalam mencipta kepala naga
sebagai lambang warna yang simbolik. Kemudian, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Selangor dinyanyikan oleh semua dengan lantang sekali. Setelah bacaan doa,
Pengetua SMK seafield, Pn. Hajah Zaleha bt Abu Hasan menyampaikan sepatah dua
kata sebagai pembuka majlis ini. Beliau menyeru para pelajar supaya ’Majulah
Sukan Untuk Sekolah’ demi merealisasikan hasrat murni kerajaan dalam
melancarkan program ’1 Murid 1 Sukan’. Acara dilangsungkan dengan ucapan
daripada Yang Berbahagia Dato’ Abd Rahman bin Haji Ali bagi merasmikan
kejohanan olahraga tersebut. Beliau menegaskan perkembangan individu yang
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, seantero hadirin melafazkan Ikrar
Kejohanan di bawah pimpinan olahragawan dan olahragawati pada tahun 2010.
Kemuncak kejohanan olahraga ialah persembahan daripada para pelajar.
Ahli-ahli taekwando mempersembahkan ragam yang beraneka dengan gaya sendiri
mengikut rentak muzik. Seorang pelajar tingkatan 3 telah menendang sekeping
papan tebal sehingga dibelah dua dengan mudah. Pasukan Cheerleading turut tidak
ketinggalan semasa menghidangkan aksi yang menawan hati penonton. Asyik
kedengaran tepukan yang gemuruh bergema mengisi atmosphera padang. Nyatalah
persembahan yang memegunkan ini berjaya mencuit hati hadirin. Kira-kira 10
pagi, acara sukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kategori diadakan, iaitu
100m, 200m, dan 400m serta acara jemputan 4X100m bagi lelaki dan perempuan. Para
peserta kelihatan gigih menuju ke arah matlamat untuk merangkul pingat emas
yang diidam-idamkan. Sebelum sesi rehat selama 45 minit, pertandingan
senamrobik antara rumah sukan dijalankan. Jelaslah bahawa persaingan untuk
menduduki tangga pertama adalah sengit kerana setiap rumah menunjukkan
kelebihan diri yang unggul. Selepas itu, acara sukan disambung semula dengan 4X100m
dan 4X400m bagi kategori lelaki dan perempuan.
Pada pukul 2 petang, Kejohanan Olahraga SMK Seafield Kali Ke-16 berakhir
dengan majlis penyampaian hadiah. Para hadirin bersurai sebaik sahaja upacara
penutup selesai. Meskipun letih dan panas dibakar matahari, namun masing-masing
berpuas hati dan sukacita kerana menjayakan aktiviti tahunan ini dengan
bermakna. Diharapkan kejohanan olahraga pada tahun hadapan akan dilaksanakan
dengan lebih berjaya berkat kerjasama semua pihak. Sesungguhnya, aktiviti ini
mempunyai tujuan serampang dua mata. Di samping diasah bakat dan potensi diri
yang terpendam, para pelajar juga ditanamkan kesedaran tentang kepentingan
melibatkan diri dalam sukan dan kegiatan kokurikulum bagi melahirkan modal
insan yang berminda kelas pertama menjelang tahun 2020. Pelajar hari ini,
pemimpin masa depan.
thank you so much ... your essay been very helpful to my moral folio . :)
ReplyDeletefxxk you
ReplyDelete