Wednesday, November 3, 2010

MAJLIS PERSARAAN TN HJ ZAHARUDDIN ABU BAKAR DAN PN FONG WAI CHAN

Tarikh : 1 November 2010
Hari : Isnin
Lokasi : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Masa : 8.30 - 1.10 tgh
Laporan : Saudari Yeo Xin Jie


Gambar kenangan Tn Haji Zaharuddin dan Pn Fong Wai Chan bersama rakan-rakan Seafield
Majlis perpisahan Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan bermula pada pukul 10.30 pagi di Dewan Seri Kenangan SMK Seafield. Kehadiran kedua-dua guru itu disambut dengan meriah sekali. Para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh ketika menyambut kedatangan beliau. Seterusnya, semua orang diminta menyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

  
Ketibaan Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong disambut dengan meriah


Acara bermula dengan ucapan ketua  pengawas, Justin Wong sebagai wakil pelajar dan setinggi-tinggi pengharagaan  kepada guru yang telah berkhidmat selama lebih daripada 15 tahun di sekolah ini. Kemudian, tuan pengetua, Puan Teh Seok Im menyampaikan ucapan tentang pengorbanan dan bakti Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan untuk menjadikan sekolah unggul dalam bidang akademik dan sukan. Menurut beliau, Puan Fong pernah memegang jawatan bendahari PIBG selama 2 tahun dan kini merupakan ketua panitia perdagangan. Tn Hj Zaharuddin pula merupakan pakar rujuk SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,ketua panitia pendidikan jasmani serta  jurulatih bola sepak, olahraga dan hoki.
 
 Ucapan oleh Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong

Pada jam 11 pagi, Puan Fong memberikan sepatah dua kata tentang hasrat beliau untuk melancong ke serata tempat selepas bersara. Beliau juga amat terharu akan majlis yang dianjurkan ini penuh bermakna. Acara diikuti dengan ucapan Tn Hj Zaharuddin yang berbaur dengan  air mata. Beliau kelihatan kesal dan dukacita untuk meninggalkan sekolah ini. Persembahan powerpoint yang berkaitan dengan biodata guru ditujukan kepada semua. Selepas itu, upacara pemotongan kek diadakan dengan iringan muzik lagu hari jadi. Para hadirin menyanyikan lagu hari jadi sambil bertepuk tangan bagi memeriahkan suasana lagi.
 
 Upacara pemotongan kek hari jadi

 
Persembahan para pelajar

 
"Clock Off" oleh Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong

Pada pukul 12.15 tengah hari, acara berlangsung dengan piana solo menyebabkan semua orang terpegun melihat seorang pelajar lelaki memainkan piano dengan kelajuan yang menakjubkan mengikut rentak muzik. Akhir sekali, persembahan video tentang pandangan para guru tentang perpisahan rakan sekerja ditayangkan. Sesungguhnya, majlis ini memperlihatkan bakat dan kreativiti pelajar selain menghiburkan hati semua.Sesi pemberian hadiah diadakan sebelum majilis ini bersurai. Wakil persatuan dan kelab tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Tepat pada pukul 1 petang, majlis ini berakhir dengan perarakan Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan yang diiringi para pelajar dan guru sehingga ke pintu utama sekolah.

 
 Bye bye ! warga Seafield

  
Bye bye ! Jumpa lagi
  
SELAMAT BERSARA
JASAMU DIKENANG DAN DIINGATI

salam ikhlas dari panitia sejarah
tss@seafueld

No comments:

Post a Comment