Wednesday, November 17, 2010

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA PN TEH SEOK IM

Program : Majlis Persaraan Pengetua Pn Teh Seok Im
Tarikh : 16 November 2010
Tempat : Dewan Seri Kenangan
Laporan : Saudari Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin
Fotografi : Cikgu Yusdin, Datin Hasiah Kadir dan Cikgu Tan SS

THE STAR 28 NOVEMBER 2010
Bertemu kembali kita pada bahagian ini. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua pengikut-pengikut blog sejarah yang sentiasa menantikan perkembangan blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit coretan yang berlaku sepanjang perjalan Majlis Persaraan Puan Pengetua.

Pn Pengetua Teh Seok Im
1 Disember 1994 - 18 November 2010
Tanggal 16 November merupakan salah satu tarikh bersejarah bagi SMK Seafield kerana hari tersebut merupakan tarikh terakhir seorang insan yang telah banyak berbakti kepada SMK Seafield, Puan Teh Seok Im . Beliau yang mula berbakti dalam SMK Seafield pada 1 Disember 1994 ketika SMK Seafield baru beroperasi telah banyak memberi bantuan serta telah menaikkan nama SMK Seafield ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali . Setelah 16 tahun berjasa, kami sebagai warga SMK Seafield ingin menunjukan rasa setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau dengan mengadakan Majlis Persaraannya dengan penuh meriah. Majlis Persaraan Puan Pengetua telah diadakan tepat pada jam 11.00 pagi setelah jamuan bersama semua guru-guru diadakan pada jam 8.00 pagi .

 Sarapan pagi bersama pengetua & ceria pada awal pagi
 

Pada jam 11.00 pagi semua pelajar yang hadir telah diarahkan untuk berkumpul di dalam Dewan Sri Kenangan yang menjadi saksi dalam majlis perpisahan ini. Bukan itu sahaja, para lembaga pengawas sekolah yang bertugas juga melakukan persiapan terakhir bagi memastikan majlis perpisahan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Para tetamu kehormat juga tiba di dewan tersebut dalam jan 12.00 tengah hari. Antara tetamu kehormat yang dijumput adalah kesemua guru-guru SMK Seafield, bekas-bekas pelajar SMK Seafield, pihak PIBG, guru-guru SMK Seafield, mantan Yang Di-pertua PIBG, Datin Roslin Lee, pegawai dari PPD dan JPNS serta wakil daripada kolej swasta seperti SEGI College, Sunway College dan lain-lain lagi.

Para tetamu jemputan & ucapan ketua pengawas Justin Wong

Tepat jam 12.30 ketibaaan insan yang dinantikan semua orang didalam dewan tersebut, Pn Teh Seok Im. Ketibaanya didalam dewan diiringi Pn Chong Ik Poh, Pn Roslina Ahmad, En Rahim bin Khalid serta beberapa lembaga pengawas yang diketuai oleh Nicole selaku Penolong Ketua Pengawas sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan juga lagu Sekolah SMK Seafield. Ketika lagu ini berkumandang. Didapati bahawas Pn Teh tidak dapat menahan sebak didada sehingga menitiskan air mata oleh kerana ini merupakan kali terakhir beliau menyanyikan lagu ini. Setelah menyanyi lagu patriotik denga penuh semangat, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mukhliz bagi memberkati majlis persaraan Puan Pengetua yang diadakan pada hari tersebut.

Pn Pengetua diiringi oleh para pentadbir (En. Abdul Rahim Khalid) dan lembaga pengawas (Nicole) ke Dewan Seri Kenangan

             Tepat jam 12.30 ketibaaan insan yang dinantikan semua orang didalam dewan tersebut, Pn Teh Seok Im. Ketibaanya didalam dewan diiringi Pn Chong Ik Poh, Pn Roslina Ahmad, En Rahim bin Khalid serta beberapa lembaga pengawas yang diketuai oleh Nicole selaku Penolong Ketua Pengawas sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan juga lagu Sekolah SMK Seafield. Ketika lagu ini berkumandang. Didapati bahawa Pn Teh tidak dapat menahan sebak didada sehingga menitiskan air mata oleh kerana ini merupakan kali terakhir beliau menyanyikan lagu ini. Setelah menyanyi lagu patriotik denga penuh semangat, majlis diteruskan gengan bacaan doa oleh Ustaz Mukhliz bagi memberkati majlis persaraan Puan Pengetua yang diadakan pada hari tersebut.

 Ucapan oleh Pn Pengetua Teh Seok Im diiringi oleh ketua pengawas Justin Wong


Pada jam 12.50 tengah hari, acara diteruskan dengan ucapan yang cukup menarik oleh Justin Wong selaku wakil pelajar-pelajar sesi pagi dan petang. Teks ucapannya kebanyakannya mengenai kisah silamnya di tingkatan 3 sebagai pelajarnya dalam pelajaran Matematik. Ucapan beliau telah menyahat hati Puan Pengetua, PuanTeh Seok Im yang mendengarnya. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Penyelia Petang, En Musawir Jamsaid yang menceritakan pengalamanya bekerja bersama Puan Teh Seok Im. Bagi mewakili guru-guru sesi pagi, Pn Doris telah menyampaikan ucapannya yang memberi kata-kata semangat kepada Puan Pengetua. Puan Chong Ik Poh selaku Penolong Kanan merangkap pengerusi Majlis Persaraan Pengetua turut mengambil kesempatan emas ini untuk menyampaikan sedikit ucapan disamping memberi kata-kata yang membina kepada Puan Teh. Selepas 5 tahun bekerja bersama, akhirnya Pn Chong terpaksa berpisah dimana hubungan mereka boleh di anggap bagai ”Isi dengan kuku”. Selepas berakhirnya ucapan yang disampaikan oleh Pn Chong , Pn Teh dan Pn Chong memeluk erat antara satu sama lain umpama pelukan antara seorang kakak dengan adiknya. Setelah itu, uacapan disampaikan oleh Yang Di-pertua PIBG SMK Seafield, Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Hj Ali. Ucapan yang disampaikan oleh beliau amat menyayat hati semua orang yang berada di dalam dewan sehingga menyebabkan beliau menitiskan air mata tersebut termasuklah insan yang dirai, Puan Teh sendiri.
Persembahan kumpulan koir sekolah & Dikir Barat oleh guru dan pelajar

            Pada jam 1.30 petang, giliran Pn Teh pula untuk meyampaikan uacapan beliau setelah mendengar ucapan dan kata-kata hikmat oleh beberapa pihak. Pada mulanya, ucapan beliau sungguh lancar dan baik yang banyak menceritakan tentang pengalamanya mula bekerja di SMK Seafield namun begitu pada pengakhiranya, ucapan yang disampaikan oleh beliau mula tersekat-sekat akibat menahan sebak di dada yang akan merindui semua guru-guru yang telah berkhidmat bersama beliau. Dengan kekuatan yang ada pada diri beliau, ucapan beliau diteruskan setelah mendapat sehelai tisu dari Justine Wong, Ketua Pengawas Sekolah. Beliau sempat mengakhiri uacapan beliau dengan kata-kata yang biasa diungkapkan oleh beliau, ”Don’t ask what Seafield can do for you, but ask what you can do for Seafield”.

 Acara kemudian diteruskan dengan persembahab Power Point yang menyembahkan mengenai perjalanan Pn The sepanjang bekerja di SMK Seafield dan juga kata-kata semangat oleh guru-guru di SMK Seafield. Tambahan pula, anak muridnya pada tahun ini iaitu dari kelas 3 Luhur turut melakukan satu video yang amat ringkas tapi penuh dengan makna. Video ini memperlihatkan tentang cara beliau mengajar para pelajar didalam kelas dengan penuh tegas namun tetap ada mesranya bersama para pelajar.

Tayangan Video tentang sumbangan dan jasa pengetua kepada sekolah
Setelah 40 minit menghayati video dengan penuh bermakna, acara diteruskan dengan pemotongan kek Hari Jadi beliau sambil persembahan lagu hari jadi oleh pasukan Pancaragam sekolah.
Bagi memeriahkan lagi majlis persaraan tersebut, para pelajar telah mengambil kesempatan untuk melakukan persembahan khas untuk pengetua bagi menjadi perkara ini kenangan terindah bagi beliau. Antara persembahan yang menonjol adalah persembahan nyanyian solo oleh bekas pelajar SMK Seafield, Saudara Haikal yang menyanyikan lagu khas untuk pengetua sehingga mengajak Puan Pengetua untuk turut menari bersamanya, tanpa memutuskan harapan semua orang Puan Teh tampil ke atas pentas dan menari bersamanya. Hal ini jelas menunjukan Puan Pengetua sangat mesra dengan para pelajar walaupun merupakan bekas pelajar.Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan yang dilakukan oleh para pelajar. Bukan itu sahaja, para guru turut melakukan persembahan untuk majlis tersebut antaranya nyanyian berduet oleh Pn Ruhaidah dan Pn Suhailah serta gabungan anrata guru dan pelajar dalan persembahan dikir barat.
Persembahan oleh pelajar Seafield yang begitu menarik dan kreatif
Pada jam 4.00 petang majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Puan Teh Seok Im kepada beberapa guru yang telah benyak berjasa, antaranya, Pn Chong Ik Poh, Pn Roslina, En Msawir, Pn Heng, bekas Penyelia Penolong Kanan sesi petang serta beberpa orang guru ternama. Puan pengetua, Pn Teh Seok Im turut menerima cendaramata daripada semua persatuan dan kelab sekolah serta badan beruniform. Persatuan Sejarah dan Kelab Lembaga Koperasi Sekolah telah berkongsi hadiah dengan memberi beliau sejambang bunga ros kuning yang di idamkan oleh beliau dan seutas jam tangan. Kami semua berharap agar Puan Pengetua sangat berpuas hati dengan hadiah yang diberikan oleh kami.

Persatuan Sejarah /Lembaga Koperasi Sekolah & Lembaga Pengawas Sekolah
 

Penerimaan sijil penghargaan daripada Pn Pengetua (Pn Chong Ik Poh, Pn Doris Thomas dan Pn Goh)
 

Selepas itu, Puan Pengetua serta tetamu kehormat diarahkan untuk ke dewan makan untuk menjamu makan petang yang disediakan oleh pekerja kantin yang efishen.

"Clock Off" di pejabat Seafield diiringi oleh para pentadbir, YDP PIBG dan lembaga pengawas sekolah

"Clock Off" dan perjalanan keluar dari pejabat
   
Pada jam 5.30 acara ”Clock off” berlangsung di pejabat sekolah yang telah disaksikan oleh guru dan pelajar yang berada disana. Setelah itu, satu barisan yang panjang yang berliku dilakukan oleh badan-badan beruniform bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Pn Teh Seok Im. Terdapat sebuah kereta antik yang ditempah khas untuk beliau bagi mengiringi beliau pulang sehingga ke runah beliau. Ramai pelajar kagum dengan kereta yang dinaiki oleh beliau. Beginilah perjalanan sepanjang Majlis Persaraan Puan Pengetua, Puan Teh Seok Im yang berjalan dengan jayanya. Syabas di ucapkan kepada semua yang bertugas siang dan malam bagi menjayakan majlis ini. Kami berharap agar Pn Teh Seok Im berpuas hati dengan semua persembahan yang kami lakukan dan berharap agar Puan Pengetua sentiasa ceria menghadapai hari esok . Sekian Terima Kasih.

Barisan kehormat : Kenangan manis oleh warga Seafield

Perpisahan : Sedihnya : Pn Tan Geok Siew (Setiausaha Majlis Persaraan) dan Pn Sophia Law (Guru sejarah)
 

Pn Norhayati Mohamad (KP Bahasa Melayu) dan GK Kemanusiaan Pn Periachee
 

Bye-bye Seafield....Gembira + Sedih...


"Passion For Excellence"

Kereta antik mengeliling sekolah sebelum menghantar pulang Pn Teh ke rumah
 

Gambar kenangan Pn Pengetua bersama YDP PIBG Dato' Hj Abd Rahman Hj Ali, Datin Hasiah Kadir dan Pn Fong Wai Chan
 

JASAMU DEKAT DIHATI KAMI
SEKIAN TERIMA KASIH

BEST REGARDS

sehari dalam sejarah

No comments:

Post a Comment