Friday, July 9, 2010

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN

x
x
KURSUS PROFESIONALISME MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH PETALING PERDANA (MGCPPSM)
Tarikh : 8 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 1.00 tengahari
Tempat : Kolej Segi, Subang Jaya
Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan
Penganjur : PPD Petaling Perdana & MGCPPSM

Masa : 8.00 - 8.30 pagi
Lokasi : Tingkat 6, Kolej Segi
Disebabkan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan untuk dapat tempat letak kereta di Kolej Segi, saya telah sampai Kolej pada pukul 7.15 pagi dan nampak guru bertugas pendaftaran telah sibuk dengan persediaan bahan-bahan pendaftaran. Kemudian saya nampak pegawai Kolej "Rosalind Chee" dan fasilitator  hari ini "Dr. James Ang" sibuk dengan pemasangan alat komputer dan LCD projekter. Awalnya, sudah sampai.. inilah budaya kerja cemerlang..... Seramai 96 orang peserta telah menghadiri kursus pada hari ini.

Para Guru Cemerlang membuat pendaftaran sebelum kursus dijalankan
   

Masa : 9.00 - 9.30 pagi
Saya tertarik dengan ucapan Pn Foziah Bt Buang, pegawai PPD Petaling Perdana yang menegaskan bahawa Guru Cemerlang seharusnya sentiasa meningkatkan kualiti kecermalangan dalam bidang kerja dan menjadi mentor kepada guru-guru lain. Soal kualiti guru berkaitan dengan ciri-ciri seperti berikut :
  • Cemerlangan Peribadi dan sahsiah
  • Beretika
  • Kepakaran dalam ilmu pengetahuan
  • Hasil kerja yang kreatif dan inovatif
Mesej yang disampaikan supaya kami guru cemerlang perlu mempamerkan kecemerlangan peribadi dan sahsiah dan menjadi seorang GC yang hebat di PPD. Nasihat ini sangat penting dan sentiasa diingati. Terima kasih.

Ucapan oleh Puan Foziah Bt Buang & menerima cenderahati dari Pn Chin, YDP MGCPPSM & Pn Foziah Buang sedang menandatangani sijil peserta
  

Masa : 9.30 - 10.30 pagi
Slot 1 : Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
Strategi Pembelajaran Berkesan
Slot ini bermula dengan pembahagian kumpulan mengikut bulan tarikh lahir. Para guru juga bersikap seperti pelajar dan masing-masing mencari ahli kumpulan mengikut tarikh lahir, Ini idea yang begitu baik untuk pembentukan kumpulan. Aktiviti kumpulan bermula dengan pemberian kertas majong dan soalan untuk dijawab oleh setiap kumpulan. Soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan isu atau masalah p&p di sekolah. Disebabkan tiada meja, kami duduk atas lantai dan masing-masing memberi idea dan mencatat atas kertas yang dibekalkan. Selepas itu, kertas tersebut ditampalkan di dinding untuk dipamerkan kepada kumpulan yang lain. Satu aktiviti yang melibatkan semua ahli kumpulan dan bekerjasama untuk memberi idea dalam masa lima minit. Berikut merupakan soalan yang dikemukakan mengikut kumpulan :

Kumpulan
Isu/masalah
1
Guru sebagai apa ?
2
Guru yang baik
3
Guru yang berkesan
4
Apakah perkara yang menjadikan pengajaran menarik ?
5
Pengajaran dan pembelajaran berkesan
6
Strategi pengajaran
7
Mengapakah pelajar lemah tetap datang ke sekolah ?
8
Apakah yang murid suka lakukan di sekolah ?
9
Apakah yang murid tidak suka di sekolah ?

Pembahagian kumpulan dan penerangan cara aktiviti kumpulan oleh fasilitator
    

Interaksi berlaku antara guru cemerlang semasa aktiviti kumpulan
    

"Gallery Walk" dan "Graffiti"
Selepas itu, semua guru mengikut kumpulan diberi masa untuk memantau hasil kerja rakan-rakan yang lain. Setiap guru diberi peluang menambahkan pendapat mereka atas hasil kerja rakan kumpulan yang lain. Saya nampak semua guru begitu seronok  memberi komen atau tambah pendapat mereka atas hasil kerja kumpulan lain. Setiap guru mempunyai pengalaman berlainan mungkin disebabkan oleh jenis sekolah ataupun tempat/lokasi sekolah atau jumlah tahun mengajar. Satu aktiviti pembelajaran kumpulan yang begitu menyeronokkan. Idea pembelajaran kumpulan ini sangat sesuai untuk subjek yang memerlukan banyak fakta dan aktiviti ulangkaji. Rumusan, bergantung kepada kreatif dan inovatif guru masing-masing untuk mengakplikasikan idea ini dalam P&P.

Proses Aktiviti Kumpulan
 

Gallery Walk & Graffiti
  

Penglibatan aktif guru cemerlang dalam menyumbangkan idea mereka
  

Masa : 11.00 - 12.30 tengahari
Slot 2 : Pengajaran Berkesan
Fasilitator telah mula dengan bagaimana menjadi seorang guru yang berkesan ? Keberkesanan pengajaran guru dikaitkan dengan kualiti pengajaran guru. Mengikut Cooper (1994), guru yang berkesan ialah guru yang mampu menghasilkan pembelajaran yang dihasratkan. Hasil pembelajaran pelajar adalah kayu pengukur yang paling baik dalam menentukan keberkesanan seseorang guru. Kajian yang dipamerkan menunjukkan bukti kualiti pengajaran guru berkaitan dengan pencapaian pelajar. Beliau menekankan bahawa sikap seseorang guru mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan, pengajaran berkesan merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid.

Pada pendapat saya, pencapaian pelajar adalah merupakan kayu ukur untuk menguji keberkesanan pengajaran setiap hari. Kalau didapati tidak berkesan atau tidak mencapai pencapaian yang dikehendaki, guru mampu menggunakan cara kreatif dan inovatif untuk membantu pelajar mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu,  kajian tindakan telah digalakkan untuk semua guru supaya mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran setiap masa.

Guru-guru memberi tumpuan sepenuhnya semasa ceramah
  

Model Pengajaran Berkesan
Fasilitator mengemukakan pendapat Cooper (1994), menyarankan seseorang guru terlatih harus kompeten dalam empat bidang berikut agar mampu menjadi guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pembelajaran yang dihasratkan :

1) Pemahaman teori-teori tingkah laku manusia dan aplikasinya dalam pembelajaran.
  • Behavioris (Pengubahan tingkah laku)
  • Kognitif (Pemprosesan maklumat)
  • Konstruktivis (Interaksi sosial)
  • Humanistik (Sumber Kendiri)

2) Pemaparan sikap yang positif terhadap pelajar dan pengajaran.
  • Sikap guru terhadap diri sendiri
  • Sikap guru terhadap murid
  • Sikap guru terhadap rakan sekerja dan ibu bapa
  • Sikap guru terhadap mata pelajaran yang diajar
3) Penguasaan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar.
  • Bahan ilmu dalam mata pelajaran berkenaan
  • Pemilihan bahan pembelajaran yang sesuai yang boleh disampaikan kepada murid
4) Penguasaan teknik pengajaran yang memudahcarakan pembelajaran.
  • Memiliki kemahiran teknik pengajaran untuk berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza.
  • Kepelbagaian teknik penyampaian guru tidak akan menimbulkan kebosanan di kalangan murid
  • Pemilihan teknik harus selaras dengan objektif dan masa pengajaran guru
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang Guru Berkesan dan Profesional perlu menguasai ilmu pengetahuan dan komitmen tinggi terhadap bidang kerja.

Motivasi Kepada Guru
Untuk mengakhiri ceramah pada hari ini, fasilitator telah menayangkan beberapa Video Klip tentang perkhidmatan guru di kawasan pendalaman. Mesej yang hendak disampaikan kepada kami (guru) di kawasan bandar sepatutnya berasa bersyukur dan boleh memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada anak bangsa negara.

Terima kasih, kami akan bertanggungjawab dengan sepenuhnya dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada anak bangsa. Seterusnya menjadi seorang GC yang hebat seperti dipesan oleh Puan PPD. Pengetahuan dan pengalaman yang didapati pada hari memberi manfaat dan motivasi kepada saya untuk terus  majukan diri ke hadapan dan mempetingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Pegawai PPD & Tayangan Video oleh fasilitator
 

Sesi Penutup :
Kursus diakhiri dengan ucapan dan ulasan ringkas oleh En. Mohd Salleh Salehin berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Beliau menegaskan bahawa ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi pada hari in harus diaplikasikan oleh guru dan disebarkan kepada guru-guru di sekolah dalam usaja menjana kecemerlangan pendidikan.
Penyampaian sijil dan cenderamata turut diberikan kepada peserta kursus, fasilitator jemputan dan wakil kolej Segi.

Ucapan oleh En. Mohd salleh Salehin & Sesi penyampaian Cenderamata
  

P&P MENJANA 1MALAYSIA
Terima Kasih
sehari dalam sejarah
tss@seafield

Saturday, July 3, 2010

LAWATAN KE "STRAWBERRY FARM" & "KEA FARM (5)

Tarikh : 27 Jun 2010 (Ahad)
Masa : 12.00 - 2.30 tengahari
Lokasi : Strawberry Farm, Kea Farm, Restoran Tanah Rata

Masa ; 12.00 -12.30 Tengahari
Lokasi : Strawberry Farm
Kami diberi setengah jam untuk melawat "strawberry Farm". Kami tidak nampak buah strawberi kerana telah dipetik pada pagi. Tak mengapa ? sampai ke sini perlu rasa aiskrim strawberi. Nampak tak gambar, guru dan pelajar berebut untuk membeli aiskrim........ sedap. Ada pelajar membeli strawberi kerana nampak segar.

Bergerak ke "Strawberry Farm"
  

Apa yang menarik perhatian mereka ? Berbaris untuk membeli Aiskrim Strawberi
 

Sedapnya Aiskrim Strawberi
 

Cikgu-cikgu juga mahu merasa aiskrim strawberi, sedapnya
  

Masa : 12.30 -1.30 petang
Lokasi ; Kea farm
Kami diberi masa satu jam untuk membeli-belah di "KEA FARM". Tempat ini merupakan tumpuan pelawat atau pelancong untuk membeli-belah sebelum balik. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Terdapat pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, makanan, bunga dan cenderamata jual di sepanjang jalan. Semuanya nampak segar dan cantik dapat menarik perhatian kami untuk membeli dan bawah balik sebagai cenderahati untuk kawan atau keluarga.

Sayur-sayuran & cenderamata & Makanan dijual sepanjang jalan 'KEA FARM"
  

Pelbagai jenis Bunga dijual di KEA FARM
 


Masa : 1.30 -7 .30 petang
Lokasi :Restoran Tanah Rata, Kawasan Rehat Tapah, SMK Seafield
Kami balik semula ke Tanah Rata untuk makanan tengahari sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kami makan di Restoran yang sama seperti semalam. Makanan yang dihidangkan banyak pilihan dan sedap. Bagi meja yang terdiri daripada semua pelajar lelaki didapati makanan tidak cukup untuk mereka. Tapi selepas disiasat, baru tahu bahawa mereka suka makan ayam goreng dan tidak suka makan sayur-sayuran. Meja lain yang tidak habis makan ayam goreng terpaksa dipindahkan ke meja ini. (Budak Subang Jaya suka makan ayam goreng ataupun ayam goreng kampung sangat sedap ?)
Terdapat seorang pelajar ayam goreng termasukkan ke dalam air "green tea". Iyad sangat kreatif dan menggelarkan sebagai "Chicken Green Tea". Iyad, pandainya, sudah tunjuk ciri-ciri keusahawanan...
Selepas makan, kami menggunakan jalan Tapah untuk balik semula ke Kuala Lumpur. Kami berehat di Kawasan Rehat Tapah untuk setengah jam dan bertolak semula ke Subang Jaya sampai pada 7.30 malam.

Kumpulan Malisa &Kumpulan Iyad
 

Kumpulan Guru &Kumpulan Wai Sin
 

Cikgu Hareza : Sangat seronok dan merasa masa tidak mencukupi untuk meneroka semua tempat. Yang penting ialah mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.
Anis : "With the strawberries on top, it was beyond awesome. Hugs and kisses to teacher tss."
Malisa : "I had so much fun, thanks to everyone."
Puteri : "A trip that warms the coolness of Cameran Highlands. Thanks to teacher."

Sebagai guru penasihat persatuan, saya berpendapat objektif rombongan ini telah mencapai matlamatnya. Kami (guru) bukan sahaja dapat melihat bakat-bakat dan ciri-ciri kepimpinan pada pelajar tetapi seronok melihat mereka berinteraksi di antara satu sama lain, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru tanpa mengira kaum. Yang membanggakan saya ialah pelajar kami adalah begitu berdisiplin, pandai berkomunikasi dengan orang luar, berbudi bahasa, berani bertanya untuk mendapat pengetahuan baru, tidak berasa takut menghadapi pengalaman baru, hormat-menghormati antara satu sama lain, pandai menjaga diri, kawan dan guru. Inilah pelajar Seafield. Terima kasih.  I Love You All.

MURIDKU ANAKKU SAYANG

sehari dalam sejarah
tss@seafield



LAWATAN KE "HONEY BEE FARM" & BOH TEA PLANTATION (4)

Hari Kedua 
Tarikh : 27 Jun 2010 (Sabtu)
Lokasi : Smokehouse, Honey Bee Farm, BOH Tea Plantation


Masa : 8.00 -9.00 pagi
Lokasi : Restoran Highlander, Tanah Rata

Kami "check Out" pukul 8.00 pagi dan didapati ada dua pelajar lambat. Siapakah mereka ? Nafiz dan Al-Hazim. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah mengemas apartmen sebelum "Check Out". Wah, satu tindakan yang patut dipuji tetapi perlu tepat pada waktu.
Kami pun bergerak untuk sarapan pagi di restoran Tanah Rata. Kami diberi menu untuk memilih makanan sarapan pagi seperti roti telur, roti kosong, tosei, chapati dan lain-lain dengan tidak terhad bermakna sehingga kenyang.  Jangan lapar lagi....

Pandangan Matahari Terbit di Tanah Rata, Cameran Highlands
  

Luar restoran &Sarapan pagi
   

Masa : 9.30-10.00 pagi
Lokasi : SmokeHouse, Cameran Highlands

Dalam perjalanan ke Bee Farm, kami singgah di "Smoke House" untuk menggambar kenangan. Terima kasih kepada En. Mustapha, pemandu bas.Kami tertarik dengan reka bentuk bangunan dan "landscape" sekitar hotel ini. Guru dan pelajar yang minat dengan penggambaran telah mengambil peluang ambil gambar di sekitar hotel ini. Saya berasa bersyukur kerana kumpulan guru dan pelajar ini sangat minat penggambaran. Mereka sentiasa bekerjasama dengan guru dan kawan-kawan untuk sesi penggambaran. Mereka sentiasa  lihat ceria, gembira dan seronok apabila berdepan dengan kamera. Tidak pernah rasa penat. Terima kasih.

Smokehouse
 

Gembira & Seronok dengan alam sekitar yang indah dan sejuk
  
Muridku Anakku Sayang
  


Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Lokasi : "Honey Bee Farm"

Kami diberi kebenaran untuk meneroka kawasan "Bee Farm". Tempat pembiakan sangat unik dan terdapat petak empat segi di sekitar kawasan ini. Seperti biasa, kami mengambil kesempatan untuk ambil gambar sana sini. Selepas itu, kami bergerak ke kedai cenderamata dan diberi munum percuma. Yang berminat telah membawa pulang "Honey Bee" sebagai cenderamata.

Meneroka "Bee Farm"
  
 Bangunan "Bee Farm" & Model "Honey Bee Farm"
  

Masa 11.00 - 12.00 tengahari
Lokasi : BOH Tea Plantation (Best Of Highlands), Sungai Palas, Cameran Highlands
Kami bertukar bas kepada bas mini yang boleh naik bukit dan sampai kawasan penanaman Teh Boh. Kami melalui bukit bukau yang penuh dengan pokok teh, tebing-tebing yang curam dan jalan yang bengkang-bengkok. Setiap kali pemandu membelok, semua penumpang akan menjerit dengan ketakutan. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh kami.
Setelah tiba, kami diberi penerangan tentang cara memproses teh boh dari setiap peringkat. Kemudian kami pun bersiar-siar di sekitar kedai cenderamata, ada yang membeli, ada yang minum teh dan yang lain menikmati pemandangan yang indah di ladang teh dengan cuaca yang sejuk.


Bas mini ke "BOH Tea Plantation" Sungai Palas, Cameran Highlands
 

Gambar Kumpulan di Ladang Teh & Kilang Proses Teh
   

Pelajar mendengar penerangan tentang proses membuat teh BOH
  

Alat-alat digunakan untuk memotong daun teh & Alat Timbang Teh
  

Kafeteria & Kedai Cenderamata di "BOH Tea Centre"
  
Pemandangan yang Indah
 

Rumusan, lawatan ke dua tempat ini amat bermakna kepada guru dan pelajar kerana mereka bukan sahaja mendapat pengetahuan baru tetapi boleh melihat secara dekat dan menikmati alam sekitar Malaysia yang indah dan kaya dengan hasil pertanian. Pengetahuan dan pengalaman baru ini boleh membantu mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa depan...

sehari dalam sejarah
tss@seafield