Friday, March 9, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 - 2.30 ptg
Peserta : 41 pelajar dan 2 guru pengiring
Laporan oleh : Intan Syahirah Bt Shahrudin


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA
 Gambar kenangan lawatan ke Arkib Negara Malaysia

            Pada 8 Mac 2012, seramai 41 orang pelajar diiringi 2 orang guru penasihat iaitu Pn. Mohana dan Pn. Lim telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Arkib Negara yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini diadakan untuk menyemai sikap pelajar akan cinta kepada bangsa dan negara seterusnya mengetahui pengurusan dalam memelihara dan penyimpanan rekod-rekod penting di Arkib Negara Malaysia. Di samping itu, dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri pelajar.
Pada pukul 7.30 pagi, semua pelajar yang mengikuti lawatan ini telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat daripada guru pengiring. Tepat pukul 8.00 pagi, bas telah sampai di hadapan sekolah dan bersedia untuk memulakan perjalanan ke Arkib Negara . Pada pukul 9.30 pagi, kami sampai di Arkib Negara dan telah disambut oleh dua orang pegawai Arkib dan seterusnya kami diminta untuk ke kafeteria untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak Arkib.
Sesudahnya sarapan pagi, kami menaiki bas dan menuju ke Dewan Arkib Negara.  Lawatan sehari ini telah didahului dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai Seksyen Perhubungan Awam dan Promosi Arkib Negara iaitu Cik Nur Azua. Semasa di dalam dewan, pegawai telah menceritakan serba sedikit tentang sejarah Arkib Negara dan apa yang terdapat di sana. Selepas itu, tayangan video tentang sejarah arkib serta video kemerdekaan Malaya ditayangkan kepada kami. Banyak yang kami telah belajar semasa tayangan video itu dilangsungkan.
Kemudian ,selesainya tayangan video-video tersebut, kami dibenarkan untuk ke Pameran Audio Visual yang terletak di luar dewan. Banyak maklumat serta barang-barang bersejarah tentang audio dan video yang boleh dilihat di sana. Seterusnya, kami telah dibawa ke wisma warisan pentadbiran atau juga dikenali sebagai hospital arkib yang terdapat di luar dewan. Di sana, kami dapat melihat proses mengawet dan memelihara bahan bersejarah. Beberapa teknik pengawetan bahan-bahan bersejarah telah ditunjukkan kepada kami. Kami juga dapat melihat beberapa kakitangan sedang bertugas di bahagian masing-masing di dalam hospital arkib itu. Terdapat beberapa kakitangan sedang menjilid cover kulit haiwan dan seterusnya menyiapkan cover buku-buku tersebut.
Selepas itu, pelajar dibawa ke tempat penyimpanan bahan (rujukan penyelidikan) yang terdapat di dewan penyelidikan atau lebih dikenali seperti sebuah perpustakaan. Puan Shuzlina, iaitu pegawai yang bertugas di bahagian itu telah memberi taklimat kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk melihat sendiri buku-buku rujukan yang terdapat di dalam dewan penyelidikan itu.
Tepat jam 1.30 petang,semua pelajar diarahkan berkumpul di hadapan dewan. Pihak SMK Seafield berbesar hati memberi sedikit cenderahati kepada pegawai di atas kesudian menerima kedatangan kami semua ke sana. Para peserta lawatan berasa amat berpuas hati kerana berpeluang mengikuti lawatan yang banyak memberi manfaat dan input-input mengenai pemeliharaan dan penyimpanan dokumen-dokumen yang bernilai. Pada pukul 2.15 petang, para pelajar serta guru pengiring selamat tiba di perkarangan sekolah.

 
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI

No comments:

Post a Comment