Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 - 2.30 ptg
Peserta : 41 pelajar dan 2 guru pengiring
Laporan oleh : Intan
Syahirah Bt Shahrudin
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA
Gambar kenangan lawatan ke Arkib Negara Malaysia
Pada 8 Mac 2012, seramai 41 orang pelajar diiringi 2
orang guru penasihat iaitu Pn. Mohana dan Pn. Lim telah mengikuti lawatan
sambil belajar ke Arkib Negara yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan
lawatan ini diadakan untuk menyemai sikap pelajar akan cinta kepada bangsa dan
negara seterusnya mengetahui pengurusan dalam memelihara dan penyimpanan
rekod-rekod penting di Arkib Negara Malaysia. Di samping itu, dapat
menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri pelajar.
Pada
pukul 7.30 pagi, semua pelajar yang mengikuti lawatan ini telah berkumpul di
kantin sekolah untuk mendengar taklimat daripada guru pengiring. Tepat pukul
8.00 pagi, bas telah sampai di hadapan sekolah dan bersedia untuk memulakan
perjalanan ke Arkib Negara . Pada pukul 9.30 pagi, kami sampai di Arkib Negara
dan telah disambut oleh dua orang pegawai Arkib dan seterusnya kami diminta
untuk ke kafeteria untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak
Arkib.
Sesudahnya
sarapan pagi, kami menaiki bas dan menuju ke Dewan Arkib Negara. Lawatan sehari ini telah didahului dengan
taklimat yang disampaikan oleh pegawai Seksyen Perhubungan Awam dan Promosi
Arkib Negara iaitu Cik Nur Azua. Semasa di dalam dewan, pegawai telah
menceritakan serba sedikit tentang sejarah Arkib Negara dan apa yang terdapat
di sana. Selepas itu, tayangan video tentang sejarah arkib serta video
kemerdekaan Malaya ditayangkan kepada kami. Banyak yang kami telah belajar
semasa tayangan video itu dilangsungkan.
Kemudian
,selesainya tayangan video-video tersebut, kami dibenarkan untuk ke Pameran
Audio Visual yang terletak di luar dewan. Banyak maklumat serta barang-barang
bersejarah tentang audio dan video yang boleh dilihat di sana. Seterusnya, kami
telah dibawa ke wisma warisan pentadbiran atau juga dikenali sebagai hospital
arkib yang terdapat di luar dewan. Di sana, kami dapat melihat proses mengawet dan
memelihara bahan bersejarah. Beberapa teknik pengawetan bahan-bahan bersejarah
telah ditunjukkan kepada kami. Kami juga dapat melihat beberapa kakitangan
sedang bertugas di bahagian masing-masing di dalam hospital arkib itu. Terdapat
beberapa kakitangan sedang menjilid cover kulit haiwan dan seterusnya menyiapkan
cover buku-buku tersebut.
Selepas
itu, pelajar dibawa ke tempat penyimpanan bahan (rujukan penyelidikan) yang
terdapat di dewan penyelidikan atau lebih dikenali seperti sebuah perpustakaan.
Puan Shuzlina, iaitu pegawai yang bertugas di bahagian itu telah memberi
taklimat kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk
melihat sendiri buku-buku rujukan yang terdapat di dalam dewan penyelidikan
itu.
Tepat
jam 1.30 petang,semua pelajar diarahkan berkumpul di hadapan dewan. Pihak SMK
Seafield berbesar hati memberi sedikit cenderahati kepada pegawai di atas
kesudian menerima kedatangan kami semua ke sana. Para peserta lawatan berasa
amat berpuas hati kerana berpeluang mengikuti lawatan yang banyak memberi
manfaat dan input-input mengenai pemeliharaan dan penyimpanan dokumen-dokumen
yang bernilai. Pada pukul 2.15 petang, para pelajar serta guru pengiring
selamat tiba di perkarangan sekolah.
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI