Tuesday, February 15, 2011

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2011


Tajuk Esei: ”SAYA ANAK MALAYSIA”

Anjuran: Persatuan Sejarah SMK SEAFIELD, Subang Jaya.

Syarat Penyertaan:
·         Murid-murid SMK Seafield, Subang Jaya.
·         Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
·         Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:-
Kategori Pertama : Tingkatan 1-3
Kategori Kedua : Tingkatan 4-6
·         Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Tarikh tutup pertandingan: 31 Julai 2011

Format karangan:
1.      Karya yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, jenis tulisan Arial/Times New Roman, fon 12 dan berjilid kemas.  Untuk kategori pertama, jumlah perkataan dihadkan antara 300 hingga 400 patah perkataan, manakala kategori kedua, jumlah perkataan dihadkan antara 500 hingga 800 patah perkataan, 
2.      Tajuk karangan, nama dan tingkatan mestilah ditulis dengan jelas pada muka depan karangan.
3.      Jumlah perkataan perlu dicatatkan pada muka surat terakhir karya.
4.      Hasil karya hendaklah dihantar ke email :  panitiasejarahsmkseafield@gmail.com 

Kriteria Penilaian:
Karya yang layak dipertandingkan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:-
1.      Karya ditulis secara terfokus kepada tema tertentu.
2.      Setiap isi dikupas secara analitis, logikal dan tersusun.
3.      Isi karya disampaikan melalui persembahan yang teratur dari segi hujahan, gaya bahasa, peralihan perenggan yang jelas, dan tatabahasa yang baik.

Hadiah:
Kategori Pertama
Kategori Kedua
Tempat
Hadiah
Tempat
Hadiah
1
RM 70 & sijil penyertaan
1
RM 70 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan







**Sila rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing kalau terdapat sebarang pertanyaan.

Urus Setia,
Hanna Bt Arif (5D)
Setiausaha
Persatuan Sejarah 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya


1 comment: