Tuesday, April 5, 2011

MAJLIS PERSARAAN CIK GOH POH ENG

Aktiviti : Majlis Persaraan Cik Goh Poh Eng
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Laporan : Nor Shahirah Hj Mohd Yasin (5B)
 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, sekali lagi kita dapat bertemu di blog ini yang akan menceritakan gambaran majlis persaraan untuk Cik Goh yang diadakan pada 5 April yang lalu.

Tanggal 5 April 2011 merupakan salah satu tarikh yang bersejarah bagi seorang pendidik yang berdedikasi seperti insan yang di beri nama Cik Goh Poh Eng. SMK Seafield tidak melepaskan tanggan meraikan saat-saat terakhir Cik Goh di sini setelah berkhidmat selama 16 tahun dan 4 bulan. Majlis yang diadakan sungguh meriah dengan kehadiran guru-guru sesi petang, pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dan tidak terlupa juga YDP PIBG SMK Seafield, Dato’ Abdul Rahman Hj Ali. 
Majlis bermula seperti yang dirancang, pada jam 4.30 petang, Cik Goh menjejakkan kakinya ke dalam dewan dengan diiringi oleh Pn Chong, En Musawair dan En Abdul Rahim dan pada saat itu juga semua murid didalam dewan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Cik Goh kerana hari itu merupakan hari terakhir untuk melihat Cik Goh di sekolah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik iaitu lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Nyanyian yang penuh semangat oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 membuatkan saya rasa hormat terhadap mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muklis bagi memberkati lagi majlis yang diadakan agar segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar.
  

Setelah itu, majlis persaraan ini diteruskan dengan ucapan yang penuh bersemangat dan bermakna bagi Cik Goh oleh saudara Kamen Ong, wakil pelajar sesi petang. Dalam teks ucapannya ada mengatakan tentang pengalaman Cik Goh menjadi seorang guru yang berwawasan sepanjang berkhidmat di SMK Seafield tanpa sedikit pun mengeluh dan berputus asa dalam mendidik kami dan memastikan kami mendapat kejayaan yang diidamkan. Ucapannya juga merangkumi kejayaan yang pernah dicapai oleh Cik Goh iaitu anugerah kehadiran penuh selama 8 tahun berturut-turut dan tidak ada satu guru pun SMK Seafield yang dapat memecahkan rekod murni tersebut. Ucapan kemudiaan disampaikan oleh En Musawir selaku penolong kanan sesi petang. Dalam ucapannya En Musawir menceritakan tentang serba sedikit sejarah Cik Goh ketika meluangkan 16 tahun 4 bulan di SMK Seafield. SMK Seafield merupakan sekolah yang paling lama Cik Goh mencurahkan bakti berbanding 2 sekolah lain sebelum berkhidmat disini. Cik Goh juga merupakan guru penasihat Kelab Eco Rangers selama 4 tahun berturut-turut dan untuk pengetahuan semua Kelab Eco Rangers kini menjagi kelab terbaik dan aktif di SMK Seafield. Bukan itu sahaja, En Musawir turut memberi makluman kepada kami semua bahawa guru proaktif dan ”positif thingking”, Cik Goh pernah mandapat 2 kali anugerah guru cemerlang di Negeri Selangor. Beliau menyuruh kami semua agar mengikut jejak cemerlang Cik Goh dalam kehidupannya.     

 

Pada jam 5.15 petang, tiba masanya Cik Goh bagi menyampaikan ucapan yang terakhir untuk pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Seafield. Pada mulanya, ucapannya sangat lancar dengan nada suara yang serdahana namun apabila di pertengahan ucapannya iaitu ketika beliau mengucapkan rasa terima kasih kepada semua guru dan murid, suaranya semakin sayu seolah-olah menahan sebak yang dipendam  didalam hati. Cik Goh tetap kuat dan meneruskan ucapannya hingga akhir kerana menjadi lumrah manusia untuk berpisah walaupun merupakan saat yang dibenci oleh semua manusia. Bak kata pepatah Melayu, ”Setiap pertemuan pasti ada pepisahan”. Tidak dilupakan juga, dalam uacapannya beliau turut mengatakan tentang perkara yang akan dilakukan oleh beliau setelah bersara bagi mengisi masa lapang beliau, antaranya melakukan aktiviti penanaman( gardening ), menggunakan masa membaca buku yang selama ini beliau ingin membaca, meluangkan masa bersama teman-teman lama dan melancong ke tempat yang diidamkan.
  
Majlis pada hari tersebut diteruskan dengan acara kejutan iaitu, acara pemotongan kek hari jadi kerana seorang pendidik akan bersara pada hari lahirnya. Kek tersebut disumbangkan ikhlas oleh para guru yang dibimbing oleh Pn Goh. Acara tersebut diiringi dengan nyanyian lagu haru jadi oleh semua murid dengan penuh semangat. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kenang-kanangan oleh beberapa wakil kepada Cik Goh. Antaranya, hadiah bingkai gambar Cik Goh di SMK Seafield oleh pentadbir sekolah yang disampaikan oleh Pn Chong, hadiah dari wakil PIBG oleh Dato’ Abdul Rahman, wakil daripada pusat sumber, wakil daripada pelajar-pelajar SMK Seafield, wakil daripada Lembaga Koperasi, Kelab Christian Fellowship dan Kelab Eko Rangers. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan power point yang sangat menyentuh hati Cik Goh yang disediakan olah En Ardi. Power point tersebut mengandungi kehidupan suka dan duka Cik Goh selama 16 tahun berkhidmat di SMK Seafiled dan juga sedikit sejarah diri Cik Goh yang tidak diketahui oleh pelajar-pelajar. Seterusnya, majlis terus dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh wakil daripada Kelab Eko Rangers sebagai penghargaan menjadi Guru Penasihat yang baik dan proaktif selam 4 tahun berturut sejak kelab ini ditubuhkan. Tidak dilupakan juga acara tarian tradisional yang memukau semua penonton oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan, nyanyian  oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 Cekap yang merupakan salah satu kelas yang diajar oleh Cik Goh semasa di tingkatan 2 dulu serta nyanyian penuh semangat dan bermakna oleh pasukan koir sekolah.


Setelah itu, tiba saat dimana semua guru benci melakukan perkara tersebut iaitu, acara ”Clock off ” yang merupakan kali terakhir  untuk Cik Goh melakukannya. Selepas ini, Cik Goh tidak perlu tergesa-gesa untuk ke sekolah, tidak perlu pening kepala menanda buku murid-murid, tidak perlu kering tekak menyuruh pelajar diam, tidak perlu risau tentang pencapaian murid dalam peperiksaan dan tidak perlu ”punch card ” apabila datang ke sekolah dan pulang dari sekolah. Kepulangan Cik Goh diiringi oleh lagu perpisahan oleh pasukan koir sekolah, para pelajar tidak melepaskan peluang tersebut untuk bersalaman dan mengucapkan kata-kata terakhir kepada Cik Goh sebelum beliau menaiki kenderaan khas yang dipandu oleh Pn Khatijah. Pemergian Cik Goh merupakan satu kehilangan besar oleh sekolah kerana tiada cikgu yang dapat menggantikan ciri-ciri yang ada pada diri beliau. Seorang yang berdedikasi, berwawasan, proaktif, prihatin, berfikiran positif dan sifat kasih sayang pada dirinya menjadikan beliau guru terbaik sehingga dinobatkan sebagai guru cemeralang oleh negeri Selangor. Doa kami tetap bersama Cik Goh, semoga hidup cikgu akan lebih gembira dan diberkati. Saya akhiri segmen kali ini dengan serangkap pantun:

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpang di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Friday, April 1, 2011

SELAMAT HARI JADI KEPADA PN PENGETUA

"SELAMAT HARI JADI"
KEPADA PENGETUA YANG DISAYANGI 
PN HAJAH ZALEHA BT ABU HASAN
 

 

 

 
Salam Ikhlas dari
Warga Seafield

Thursday, March 10, 2011

KEMBARA MINDA DI MUZIUM NEGARA

Program : Lawatan sambil Belajar ke Muzium Negara
Aktiviti : Kuiz Kembara di Muzium
Masa : 7.30 pagi  - 2.00 petang
Laporan : Cikgu Hareza Bt Abu


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar terutamanya ahli persatuan Sejarah kerana telah menjayakan program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan ini ke Muzium Negara. Seramai 41 orang murid menyertai lawatan kali ini termasuk 3 orang guru pengiring iatu Cikgu Tan, Cikgu Hareza dan Cikgu Nazuha.

Gambar Kenangan di Bangunan Muzium Negara bersama pegawai Muzium


Aktiviti bermula jam 7.30 pagi di mana semua peserta rombongan berkumpul di kantin untuk taklimat ringkas dari ketua rombongan dan semua peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan kecil. Rombongan bertolak dari sekolah jam 8.00 pagi dengan menaiki bas sekolah dan perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit kerana kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Rombongan tiba di perkarangan Muzium jam 9.00 pagi dan pegawai muzium, Cik Wahida sudah sedia menunggu kedatangan kami. Sebelum memulakan aktiviti, kesempatan diambil untuk merakamkan gambar kenangan di hadapan muzium.

 Bergambar di depan sekolah & Merasa gembira sebelum bermulanya kembara
 

Rombongan kemudiannya dibawa masuk ke dalam muzium dan Cik Wahida memberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti kembara minda yang akan dijalankan. Tepat jam 9.30 pagi, semua kumpulan kecil diberikan sehelai kertas yang mengandungi 50 soalan subjektif dan diminta untuk menjawab semua soalan tersebut dalam masa dua jam sahaja. Soalan bagi aktiviti ini adalah ihsan dari pihak muzium sendiri untuk membantu pelajar supaya lebih menghayati khazanah yang terdapat di dalam muzium. Setelah penat mengembara ke setiap bahagian muzium, pada jam 11.30 peserta dibenarkan berehat sebentar di ruang legar muzium sementara menantikan keputusan dari pihak muzium. 

Cikgu Hareza sedang membuat pendaftaran & Taklimat oleh pegawai Muzium
  

Kembara Minda oleh para pelajar di dalam galeri Muzium
  
 
Kembara minda di kawasan luar muzium
 
penatnya selepas kembara 
 
Rehat sementara menunggu keputusan & soal selidik dari pihak muzium
 
Bergambar di Muzium Senikraf Orang Asli & Johan kumpulan "G"
   
Naib Johan Kumpulan "I" dan Ketiga kumpulan "F"

 walaupun penat + lapar tapi depan dengan kamera semua bertenaga +gembira

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutamanya kumpulan G yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara bagi aktiviti kembara minda. Hadiah disampaikan oleh Cik Wahida kepada para pemenang. Tepat jam 12.30 tengah hari semua peserta dijamu makan tengah hari di kafe muzium. Lebih kurang jam 1.15 petang, rombongan bertolak meninggalkan muzium dan tiba di SMK Seafield jam 2.00 petang.

Gambar kumpulan di dataran muzium bersama pegawai muzium
Pelajar sedang membaca watikah kemerdekaan & penyampaian cenderahati kepada Cik Wahida
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Muzium Negara kerana memberi layanan yang begitu baik sekali serta telah menghadiahkan watikah kemerdekaan untuk diletakkan di sekolah. Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan. 

AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA

Friday, February 25, 2011

TAKLIMAT KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

Program : Taklimat Kerja Kursus Sejarah PMR
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah


Taklimat kerja kursus sejarah PMR 2011 telah dilaksanakan dengan berjaya oleh Cikgu Sophia Law dan Cikgu Lim Ong Lang. Terima kasih.





Selamat menjalankan kerja kursus sejarah
Semoga anda berjaya