Saturday, July 3, 2010

LAWATAN KE "HONEY BEE FARM" & BOH TEA PLANTATION (4)

Hari Kedua 
Tarikh : 27 Jun 2010 (Sabtu)
Lokasi : Smokehouse, Honey Bee Farm, BOH Tea Plantation


Masa : 8.00 -9.00 pagi
Lokasi : Restoran Highlander, Tanah Rata

Kami "check Out" pukul 8.00 pagi dan didapati ada dua pelajar lambat. Siapakah mereka ? Nafiz dan Al-Hazim. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah mengemas apartmen sebelum "Check Out". Wah, satu tindakan yang patut dipuji tetapi perlu tepat pada waktu.
Kami pun bergerak untuk sarapan pagi di restoran Tanah Rata. Kami diberi menu untuk memilih makanan sarapan pagi seperti roti telur, roti kosong, tosei, chapati dan lain-lain dengan tidak terhad bermakna sehingga kenyang.  Jangan lapar lagi....

Pandangan Matahari Terbit di Tanah Rata, Cameran Highlands
  

Luar restoran &Sarapan pagi
   

Masa : 9.30-10.00 pagi
Lokasi : SmokeHouse, Cameran Highlands

Dalam perjalanan ke Bee Farm, kami singgah di "Smoke House" untuk menggambar kenangan. Terima kasih kepada En. Mustapha, pemandu bas.Kami tertarik dengan reka bentuk bangunan dan "landscape" sekitar hotel ini. Guru dan pelajar yang minat dengan penggambaran telah mengambil peluang ambil gambar di sekitar hotel ini. Saya berasa bersyukur kerana kumpulan guru dan pelajar ini sangat minat penggambaran. Mereka sentiasa bekerjasama dengan guru dan kawan-kawan untuk sesi penggambaran. Mereka sentiasa  lihat ceria, gembira dan seronok apabila berdepan dengan kamera. Tidak pernah rasa penat. Terima kasih.

Smokehouse
 

Gembira & Seronok dengan alam sekitar yang indah dan sejuk
  
Muridku Anakku Sayang
  


Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Lokasi : "Honey Bee Farm"

Kami diberi kebenaran untuk meneroka kawasan "Bee Farm". Tempat pembiakan sangat unik dan terdapat petak empat segi di sekitar kawasan ini. Seperti biasa, kami mengambil kesempatan untuk ambil gambar sana sini. Selepas itu, kami bergerak ke kedai cenderamata dan diberi munum percuma. Yang berminat telah membawa pulang "Honey Bee" sebagai cenderamata.

Meneroka "Bee Farm"
  
 Bangunan "Bee Farm" & Model "Honey Bee Farm"
  

Masa 11.00 - 12.00 tengahari
Lokasi : BOH Tea Plantation (Best Of Highlands), Sungai Palas, Cameran Highlands
Kami bertukar bas kepada bas mini yang boleh naik bukit dan sampai kawasan penanaman Teh Boh. Kami melalui bukit bukau yang penuh dengan pokok teh, tebing-tebing yang curam dan jalan yang bengkang-bengkok. Setiap kali pemandu membelok, semua penumpang akan menjerit dengan ketakutan. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh kami.
Setelah tiba, kami diberi penerangan tentang cara memproses teh boh dari setiap peringkat. Kemudian kami pun bersiar-siar di sekitar kedai cenderamata, ada yang membeli, ada yang minum teh dan yang lain menikmati pemandangan yang indah di ladang teh dengan cuaca yang sejuk.


Bas mini ke "BOH Tea Plantation" Sungai Palas, Cameran Highlands
 

Gambar Kumpulan di Ladang Teh & Kilang Proses Teh
   

Pelajar mendengar penerangan tentang proses membuat teh BOH
  

Alat-alat digunakan untuk memotong daun teh & Alat Timbang Teh
  

Kafeteria & Kedai Cenderamata di "BOH Tea Centre"
  
Pemandangan yang Indah
 

Rumusan, lawatan ke dua tempat ini amat bermakna kepada guru dan pelajar kerana mereka bukan sahaja mendapat pengetahuan baru tetapi boleh melihat secara dekat dan menikmati alam sekitar Malaysia yang indah dan kaya dengan hasil pertanian. Pengetahuan dan pengalaman baru ini boleh membantu mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa depan...

sehari dalam sejarah
tss@seafield


Friday, July 2, 2010

LAWATAN KE TANAH RATA, CAMERAN HIGHLANDS (3)

Masa : 4,30 - 5.00 petang
Lokasi : Tanah Rata

Kami diberi setengah jam untuk membeli barang keperluan sebelum "check In" ke Royal Lily Apartmen.

Kedai cenderamata Tanah Rata
 

Masa : 8.00 - 9.00 Malam
Lokasi : Restoran Tanah Rata
Bagi Sheeda, waktu yang tidak boleh dilupai adalah apabila makan malam di Restoran "Steamboat" Tanah Rata. Satu meja seramai 10 orang. Para guru dan pelajar sambil makan sambil berbual-bual sementara menunggu makanan masak. Iyad merupakan seorang pelawak yang tidak berbayar kerana lawaknya menceriakan semua orang. Di sebabkan cuaca agak sejuk pada waktu malam dan rasa lapar, semua orang tidak sabar tunggu makanan masak dan sangat teruja dengan makanan di sediakan. Walaupun begitu, kami telah makan dengan penuh berselera.
Nafiz : " Makan "Steamboat" tak kenyang, tapi sangat seronok.
Cikgu Nazuha : " Masih tak kenyang kerana tiada nasi.
Masalah tak kenyang dapat diselesai selepas ini kerana Pasar Malam penuh dengan bermacam-macam makanan.
Suasana sejuk bersama dengan steamboat ; sangat Enak
 

Sedapnya tapi tak kenyang
 

Masa : 9.00-10.30 malam
Lokasi : Pasar Malam, Berinchang
Selepas makan, kami bertolak ke Berinchang, Suasana di Berinchang sangat sibuk dan sesak lalulintas. Nampaknya, tempat ini penuh dengan pelancong pada Hari Sabtu terutama kawasan Pasar Malam. 
Untuk mengelakkan masalah pelajar tertinggal, kami guru pun memberi satu tugasan kepada pelajar untuk menjaga ahli kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu mencari barang-barang untuk dibawa balik dengan harga RM 10. Barang yang paling banyak dikumpulkan dengan harga ini ialah pemenang. 
Mengikut pelajar, barang-barang yang dijual sangat murah. Mereka sambil makan sambil mencari barang dan menjaga ahli kumpulan masing-masing. Makanan yang sedap adalah seperti apam balik, strawberi chocolate dan jagung bakar. Banyak cenderamata berwarna-warni berbentuk sayur-sayuran, sarangga dan buah-buahan dibeli oleh kami untuk bawa balik sebagai kenangan. Terdapat pelajar membeli "Maggie Cup" untuk di makam selepas ini.

Berkumpul di " Royal Lily" Apartmen untuk keluar makan malam & Pasar Malam


Pasar malam Berinchang
 

 

Disebabkan cuaca agak sejuk pada malam, tambah dengan penat kami pun tidur dengan lena. Selamat malam.
Kesimpulan, lawatan pada hari ini sangat seronok dan banyak pengetahuan dan pengalaman baru dialami oleh kami semua. Tambahan pula, kumpulan pelajar ini memang menunjukkan sikap yang cemerlang, mengikut peraturan yang dipesankan oleh guru. berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, proaktif, berani bertanya/komunikasi dan tepat pada masa. Syabas kepada anda semua. 

MURIDKU ANAKKU SAYANG

sehari dalam sejarah
tss@seafield

LAWATAN KE TAMAN RAMA-RAMA, CAMERAN HIGHLANDS (2)

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00-1.00 petang
Lokasi : kawasan Rehat, Tapah (Bandar Tidak Mengapa)

Sampai ke kawasan rehat untuk makan tengahari. Bermacam-macam jenis makanan  untuk dipilih. Semuanya nampak sedap. Sudah lapar.......
Tahukah anda ? Apakah makna "Tapah" ? Ia dikenali sebagai Bandar "Tidak Mengapa" bagi orang tempatan. Nama sebenar diambil dari seekor ikan air segar iaitu "Ikan Tapah".
Kemudian kami bertolak ke Camerans Highlands melalui "Simpang Pulai" yang akan mengambil masa dua jam.
Makan Tengahari : Tapah
 


Masa : 3.00-4.30 petang
Lokasi : Taman Rama-Rama, Cameran Highlands

Pada 3.00 petang, kami tiba di taman rama-rama. Di sana terdapat banyak jenis haiwan. Antaranya, rama-rama, kala jengking dan ular. Mengikut Babuji (Instructor Taman), rama-rama hanya boleh hidup selama 2 minggu sahaja. Ianya jinak dan senang dipegang. Semua pelajar dan guru sibuk memegang rama-rama di sekitar taman. Jaga, jangan terpijak rama-rama di atas lantai.
Pelajar bergerak turun ke taman rama-rama
 

Pelajar mendengar penerangan daripada "Babuji"
 

Begitu gembira dapat bergambar dengan rama-rama
  

  
Kumbang
Selain itu, Babuji juga menunjukkan haiwan "Kumbang"" kepada pelajar. Malisa telah menunjukkan keberanian dan memegang haiwan tersebut untuk dipamerkan kepada kami. Semua pelajar diberi peluang untuk melihat haiwan itu dengan lebih dekat.

Kumbang
 

Ulat Gonggok
Semua pelajar berebut-rebut untuk memegang haiwan ini dan menjadi haiwan ini mengikut bentuk gelang tangan. Sekali lagi, Malisa menunjukkan keberanian memegang haiwan tersebut. Kemudian diikuti oleh Hanna, Iyad.. Cikgu puji dengan sikap pelajar seperti ini, proaktif, berani dan meminpin yang lain.

 Malisa & Hanna & Iyad Zafir Bin Sariff
 


Leaf Insects - Serangga Daun
Jenis haiwan ini boleh menyamar daun untuk melindungi musuh. Malisa dan Hanna dengan beraninya menadah tangan untuk meletak haiwan itu.
Malisa : Serangga Daun
 

Hanna :Serangga Daun
 

Stick Insect - Serangga Ranting
Semua pelajar diberi peluang untuk memegang serangga tersebut. Nafiz berani untuk memegang serangga ini dan tunjuk kepada kawan lain.
 

King grasshopper - Belalang
Semua pelajar diberi peluang untuk memegang belalang ini.
Hanna menjadi model kami
 

Scorpion - Kala Jengking
haiwan ini tidak boleh dipegang sepenuhnya kerana berbisa tetapi Malisa dan Hanna dengan bantuan Babuji berani untuk memegangnya dan tunjuk kepada kawan lain.
Malisa & Iguana & Hanna
 

Chamelon
Haiwan ini hanya boleh dilihat dari luar oleh pelajar
 

Kedai Cenderamata Taman Rama-rama
Kami bersiar-siar di kedai cenderamata untuk setengah jam sebelum bertolak ke Tanah Rata.

 

Satu lawatan yang begitu bermakna bagi guru dan pelajar tentang jenis spesis serangga, reptilia dan amfibia. Para guru dan pelajar boleh melihat dengan terperinci dan pengalaman untuk memegang beberapa spesis haiwan tersebut.

sehari dalam sejarah
tss@seafield