Program : Kem Kepimpinan & Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 30 Mei 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 5.30 ptg
Lokasi : Muzium negeri (Taman Seni Budaya Seni) Seremban, Muzium Istana Seri Menanti (Kuala Pilah), Restoran Warisan Terachi, Yakult Factory.
Peserta : 40 orang pelajar (Tingkatan 3,4 dan 5) dan 3 guru
Laporan : Hareza Bt Abu
Pada 30 dan 31 Mei 2011 bersamaan hari Isnin dan Selasa yang
lalu, Persatuan Sejarah dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan
telah berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Negeri Sembilan. Seramai
40 orang pelajar dari tingkatan 3 hingga 5 bersama 3 orang guru menyertai
program lawatan tersebut. Lawatan
meliputi daerah Seremban dan Kuala Pilah.
Program lawatan bermula pada 30
Mei 2011 jam 7.30 pagi apabila semua peserta lawatan berkumpul di kantin
sekolah dan diberi sedikit taklimat. Apabila bas sudah tiba, semua peserta
diarahkan untuk menaiki bas persiaran yang ditempah khas. Rombongan bertolak
dari SMK Seafield pada jam 8.10 pagi. Semasa perjalanan menuju ke Negeri Sembilan, pemandu
pelancong, Encik Lawrence memberikan sedikit taklimat berkaitan tentatif
program lawatan dan menceritakan sedikit latar belakang serta sejarah
tempat-tempat yang bakal dilawati. Pada jam 8.50 pagi, rombongan singgah
sebentar di Hentian R&R Seremban untuk bersarapan.
Semua bersedia untuk meneroka N9 &Sarapan pagi di R&R Seremban
Selepas itu, pada jam 9.30 pagi, rombongan menyambung semula
perjalanan menuju ke destinasi yg dituju. Pada Jam 10.00 pagi, rombongan
selamat tiba di Muzium Negeri Sembilan. Peserta rombongan kemudiannya dibawa
masuk untuk melihat bahan muzium sambil diberi penerangan oleh pemandu
pelancong iaitu Encik Lawrence. Terdapat satu bahan pameran yang menarik
perhatian semua peserta rombongan iaitu “Batu Megalith” yang membawa maksud
batu besar. Setelah puas melihat bahan pameran dan merakam gambar kenangan,
rombongan meneruskan perjalanan ke Seri Menanti pada jam 10.30 pagi dan tiba di
Muzium Istana Seri Menanti pada jam 11.20 pagi.
Muzium Negeri, Taman Seni Budaya, Seremban
Ketibaan kami di Muzium Istana Seri Menanti disambut mesra
oleh penjaga muzium iaitu Encik Nordin. Peserta rombongan diberi sedikit
taklimat ringkas sebelum dibawa masuk ke dalam muzium istana tersebut. Namun
demikian, para peserta rombongan telah diingatkan supaya tidak mengambil
sebarang gambar semasa berada di dalam muzium istana tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak muzium tidak menghampakan peserta
rombongan apabila membenarkan hanya sekeping gambar sahaja boleh dirakamkan di dalam muzium istana
sebagai kenangan. Kebanyakan peserta rombongan sangat teruja apabila berada di
dalam muzium istana Seri Menanti kerana keunikan seni bina dan ukiran yang
terdapat didalam istana itu yang didirikan daripada 99 batang tiang diperbuat
daripada kayu cengal dan kayu berlian tanpa menggunakan sebarang paku. Selain
itu, muzium istana ini mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan iaitu pada
tahun 1902 hingga 1908. Seterusnya, pada jam 12.00 tengah hari, rombongan
bertolak ke Restoran Warisan untuk makan tengah hari. Semua peserta rombongan
dijamu dengan hidangan yang enak dan lazat.
Lokasi : Muzium Seri Menanti & Taklimat ringkas oleh En. Nordin (P. kurator muzium)
Bergambar di dalam kawasan bangunan Istana Seri Menanti, Kuala Pilah
Makan tengah hari di Restoran Warisan Terachi & bergambar di Restoran
Makanannya sedap
Pada jam 1.20 petang, perjalanan lawatan diteruskan ke
kilang Yakult yang terletak di kawasan perindustrian Seremban dan rombongan tiba
di kilang tersebut pada jam 2.30 petang. Ketibaan kami disambut mesra oleh
kakitangan kilang iaitu Cik Lim.
Permulaannya, kami dibawa melihat carta alir bagi proses untuk menghasilkan
minuman susu kultur Yakult yang dikatakan mengandungi banyak bakteria yang baik
untuk kesihatan terutamanya untuk bahagian usus manusia. Selain itu, peserta
rombongan juga diingatkan supaya tidak mengambil sebarang gambar ketika lawatan
dilakukan. Hal ini kerana ia melanggar polisi syarikat tersebut yang melarang
sebarang bentuk rakaman diadakan di dalam kilang. Selepas mendengar penerangan
lengkap, semua peserta rombongan dibawa melawat beberapa bilik yang menempatkan
pelbagai mesin yang terlibat dalam pembuatan minuman susu kultur Yakult.
Lawatan dimulakan dengan bilik pembenihan dimana semua bakteria diletakkan di dalam kawalan suhu 37®C untuk diaktifkan. Kemudian,
peserta dibawa melawat ke bilik pengkulturan dan pencampuran dimana semua bakteria
yang aktif dicampurkan dengan susu skim dan melalui proses pengkulturan dan
penampaian. Selepas itu, peserta dibawa pula melawat ke bilik pengacuan di mana
botol-botol dibuat sendiri di dalam kilang bagi menjimatkan masa dan kos
penghasilan serta dapat mengawal kualiti botol yang dihasilkan. Seterusnya,
peserta rombongan dibawa pula ke bilik pengawalan kualiti di mana semua susu kultur
diuji bagi mengawal kualiti susu kultur yang terhasil. Akhir sekali, peserta
rombongan dibawa melawat ke bilik pengisian dan pembungkusan di mana semua susu
kultur yang sudah terhasil dimasukkan ke dalam botol dan dipek serta
disejukkan. Apabila selesai melawat ke semua bilik pemprosesan, peserta lawatan
dibawa ke dalam bilik tayangan dan ditayangkan video sambil dijamu dengan
minuman susu kultur Yakult secara percuma. Pada jam 3.50 petang, peserta
rombongan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi
berikutnya. Namun, sebelum bertolak semua peserta rombongan sempat merakamkan
gambar kenangan di hadapan kilang Yakult.
Taklimat ringkas tentang proses menghasilkan minuman Yakult oleh pegawai factory
Minuman percuma dinanti-nantikan oleh pelajar & Gambar kumpulan di bangunan factory
Pada jam 4.45 petang, rombongan tiba di Starfresh Agro Park,
Kuala Pilah. Di situ, semua peserta rombongan dibawa ke dewan dan ditunjukkan
cara-cara pembuatan sabun. Selepas itu, semua peserta dikehendaki membuat
sendiri sabun dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan.
Pada
jam 5.30 petang, semua peserta rombongan diarahkan untuk membawa barang masuk
ke dalam bilik yang telah disediakan dan diberi peluang untuk mandi di sungai
berhampiran sementara menantikan jamuan makan malam dihidangkan. Pada jam 7.00
malam, semua peserta rombongan dijamu dengan makan malam yang enak dan lazat. Pada
malam itu, semua peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing.
Lokasi : StarFresh Agro Park, Bengkel membuat sabun untuk sovenir oleh pelajar mengikut kumpulan
HAPPY TRAVEL
dalam kenangan
dalam kenangan
Visit to
Seremban: Day 1
Programme: Leadership Camp and Field Trip
Date: 30th May 2011
Day: Monday
Time: 7:30-5:30
Location: Negeri Sembilan State Museum, Seri Menanti Museum,
Warisan Restaurant, Yakult Factory.
Participants: 40 students (Forms 3, 4 and 5) and 3 teachers
Report prepared by: Nandynii Thevathevan (5B 2011)
On
the 30th and 31st of May, the Sejarah Club in conjunction
with the Panitia Sivik dan Kewarganegaraan organized a field trip to Negeri
Sembilan. The trip was attended by 40 morning session students and 3 teachers.
The trip covered the districts of Seremban and Kuala Pilah.
The
journey officially started on Monday morning. We left Seafield at 7:30 in the
morning. On the way our tour guide, Mr Lawrence, gave us some background on the
places we would visit. We stopped at the Seremban R&R at 8:50 for breakfast
before continuing to the Negeri Sembilan State Museum at 9:30.
The
rest of the journey to the museum was uneventful. At the museum itself, though,
there was a lot to see. Definitely the most interesting exhibits were the
megaliths, which were giant rocks discovered in prehistoric times. Besides
that, there were replicas of the Ampang Tinggi Palace and a typical Minangkabau
house (which was surprisingly larger than the palace). Lots of photographic
memories were snapped there.
Our
arrival at our next stop, the Seri Menanti Palace Museum, was greeted with
enthusiasm by the caretaker, Mr Nordin. He gave us some background information
on the palace before we entered: the unique thing about it was that it was
built from 99 hardwood pillars without even a single nail, and the palace was
completed in 1908 after six years of construction. We were also warned not to
take photographs within the building – apparently the last shutterbug met with
a horrible fate. Even so, he allowed us a single group shot within the palace.
The view from the topmost floor of the palace is beautiful, but it comes with a
cost: the stairs are treacherously steep.
Lunch
at 12:00 was at the Warisan restaurant. We were treated to several local
specialities.
At
1:20 we resumed our voyage to the Yakult factory. There, we were taken on a
tour by charming Miss Lim. First, we stopped by the flowchart detailing the
process of making the drink. Yakult is filled with Lactobacillus casei Shirota, which apparently does wonders for the
digestive system. Later, we were taken along the production line. Again, due to
the company’s strict policies, photography was prohibited. The tour started at
the seeding tank, where active bacteria are kept at an optimal temperature of
37°C before being mixed with the drink’s other products. Meanwhile, bottles
were being produced on another line, as part of the factory’s efforts to cut
costs and control quality. The entire process, from culture to packaging was
performed meticulously while maintaining cleanliness. Afterward, we were shown
some videos on the benefits of probiotics while enjoying complimentary Yakult
drinks. Before we left at 3:50, we got a few snapshots as memories of our
experience.
At
4:45, we arrived at the StarFresh Agro Park. Before we could check in, we were
given a tutorial on soap-making before being asked to do it ourselves with the
materials given, including soap base, food colouring and lemongrass perfume.
We
checked into our rooms at 5:30. After freshening up a bit and paying a visit to
the nearby river, we enjoyed a sumptuous dinner prepared by the resort staff.
Later on, we were given the freedom to do as we wished. Among the activities
available included paintball and snooker.
Memories to last a lifetime