Aktiviti : Kuiz Kembara di Muzium
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Laporan : Cikgu Hareza Bt Abu
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar terutamanya ahli persatuan Sejarah kerana telah menjayakan program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan ini ke Muzium Negara. Seramai 41 orang murid menyertai lawatan kali ini termasuk 3 orang guru pengiring iatu Cikgu Tan, Cikgu Hareza dan Cikgu Nazuha.
Gambar Kenangan di Bangunan Muzium Negara bersama pegawai Muzium |
Aktiviti
bermula jam 7.30 pagi di mana semua peserta rombongan berkumpul di kantin untuk
taklimat ringkas dari ketua rombongan dan semua peserta dibahagikan kepada 14
kumpulan kecil. Rombongan bertolak dari sekolah jam 8.00 pagi dengan menaiki
bas sekolah dan perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit kerana kesesakan
lalu lintas di Kuala Lumpur. Rombongan tiba di perkarangan Muzium jam 9.00 pagi
dan pegawai muzium, Cik Wahida sudah sedia menunggu kedatangan kami. Sebelum
memulakan aktiviti, kesempatan diambil untuk merakamkan gambar kenangan di
hadapan muzium.
Bergambar di depan sekolah & Merasa gembira sebelum bermulanya kembara
Rombongan kemudiannya dibawa masuk ke dalam muzium
dan Cik Wahida memberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti kembara minda yang
akan dijalankan. Tepat jam 9.30 pagi, semua kumpulan kecil diberikan sehelai
kertas yang mengandungi 50 soalan subjektif dan diminta untuk menjawab semua
soalan tersebut dalam masa dua jam sahaja. Soalan bagi aktiviti ini adalah
ihsan dari pihak muzium sendiri untuk membantu pelajar supaya lebih menghayati khazanah
yang terdapat di dalam muzium. Setelah penat mengembara ke setiap bahagian
muzium, pada jam 11.30 peserta dibenarkan berehat sebentar di ruang legar
muzium sementara menantikan keputusan dari pihak muzium.
Cikgu Hareza sedang membuat pendaftaran & Taklimat oleh pegawai Muzium
Kembara Minda oleh para pelajar di dalam galeri Muzium
Kembara minda di kawasan luar muzium
penatnya selepas kembara
Rehat sementara menunggu keputusan & soal selidik dari pihak muzium
Bergambar di Muzium Senikraf Orang Asli & Johan kumpulan "G"
Naib Johan Kumpulan "I" dan Ketiga kumpulan "F"
walaupun penat + lapar tapi depan dengan kamera semua bertenaga +gembira
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutamanya
kumpulan G yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara bagi aktiviti kembara
minda. Hadiah disampaikan oleh Cik Wahida kepada para pemenang. Tepat jam 12.30
tengah hari semua peserta dijamu makan tengah hari di kafe muzium. Lebih kurang
jam 1.15 petang, rombongan bertolak meninggalkan muzium dan tiba di SMK
Seafield jam 2.00 petang.
Gambar kumpulan di dataran muzium bersama pegawai muzium
Pelajar sedang membaca watikah kemerdekaan & penyampaian cenderahati kepada Cik Wahida
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya pihak Muzium Negara kerana memberi layanan yang begitu
baik sekali serta telah menghadiahkan watikah kemerdekaan untuk diletakkan di
sekolah. Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan.
AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA