 |
Eugina Edwin Galan, Pelajar Wawasan Seafield 2012 |
Eugenia anak Edwin Galan dilahirkan
pada 12 November 1995. Anak kedua kepada
Edwin Galan Teruki dan Tay Ti Mei dalam keluarga empat beradik.
Eugenia
menerima pendidikan awal di rumah bersama adik-beradik beliau di bawah
bimbingan ibunya, seorang bekas guru. Pada 2008, beliau meneruskan pendidikannya
di Sekolah Menengah Sri Sempurna, KL. Eugenia
telah dipilih sebagai Olahragawati Terbaik (Bawah 15) dan turut diplilih
untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Terbuka Wilayah Persukutuan dalam acara
100m dan pada tahun yang sama.
Pada tahun
2009 beliau meneruskan persekolahan menengahnya di SMK Seafield. Semasa berada
di Tingkatan 2, beliau telah menyertai
pertandingan Olahraga dalam MSSD sehingga mewakili Daerah Petaling Perdana ke
peringkat MSSS.
Pada tahun 2010 pula, Eugenia
telah mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m, 4x100m, dan 4x400m,
MSSD semasa mewakili SMK Seafield. Seterusnya, beliau dipilih mewakili Petaling
Perdana dalam Kejohanan Olahraga MSSS dan berjaya mendapat pingat emas dalam
acara 4x400m, pingat perak dalam acara 440m dan 4x100m serta pingat gangsa
dalam acara 100m. Eugenia dipilih mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan MSSM
di Johor dan mendapat tempat ke-6 dalam acara 400m dan 4x100m(bawah 15 tahun).
Pada tahun yang sama, beliau dinobatkan
sebagai Olahragawati SMK Seafield disamping memecahkan 2 rekod dalam acara ,
200m dan 400m.
Eugenia turut aktif dalam
aktiviti sekolah dengan memegang jawatan Naib Setiausaha Kelab Olahraga, dan
Pengerusi Rumah Hijau. Eugenia telah dipilih menyertai “KL/PJ
Leaders Conference” mewakili Persatuan Kristian SMK Seafield dan menganjurkan pelbagai
aktiviti. Walaupun terikat dengan jadual latihan kesukanan yang berterusan
sepanjang tahun, beliau mampu memperoleh 7A dalam PMR.
Pada tahun 2011, Eugenia telah
mewakili sekolah pada peringkat MSSD dan berjaya mendapat 5 pingat emas dalam
acara 100,m 200m, 400m, 4x100m, dan
4x400m seterusnya memecahkan rekod 4x100m Petaling Perdana selama 6 tahun.
Seterusnya Eugenia meraih 4 emas dalam Kejohanan MSSS dalam acara 100m, 200m,
400m, dan 4x400m manakala pingat perak dalam 4x100m. Pada peringkat MSSM ,
Eugenia telah mendapat tempat ke-5 dalam acara 400m dan layak ke
pusingan akhir untuk 200m dan 4x400m. Beliau turut terpilih mewakili Selangor
ke Kejohanan Amatur Olahraga Malaysia di Perlis (Kelayakkan untuk Sukan SEA)
dan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 4x400m. Beliau juga menyertai
Kejohanan Olaharaga Terbuka Negeri Sembilan dan mendapat tempat ke-4 dalam
acara 400m. Sekali lagi, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati SMK Seafield
dengan memecahkan 3 rekod sekolah dalam acara 100m, 200m, dan 400m.
Tahun 2012 masih lagi melayakkan
beliau sebagai Olahragawati sekolah bawah 18 apabila berjaya mendapat pingat
emas dalam acara 100m, 200m, 400m, (kesemua merupakan Rekod Baru) dan 4x100m.
Begitu juga peringkat MSSS, beliau turut meraih pingat emas dalam acara 100m,
200m, 400m(Rekod Baru) 4x400, pingat perak untuk acara 4x100m dan dinobatkan
sebagai Olahragawati bawah 18 Selangor. Dalam Kejohanan Olahraga Terbuka
Selangor beliau berjaya mendapat gangsa dalam acara 400m dan 4x400, ke-4 dalam
acara 4x100. Seterusnya dalam Kejohanan SUKSES IX (Sukan Selangor) mendapat
pingat emas dalam acara 400m dan 4x400 serta pingat gangsa dalam acara 4x100.
Dalam acara 4x100 Jemputan Kejohanan Balapan & Padang MSSM Negeri Sembilan
beliau berjaya mendapat pingat emas seterusnya mewakili Selangor untuk SUKAN
MALAYSIA (Kejohanan Balapan dan Padang) dan mendapat tempat ke-6 dalam acara
400m, dan 4x400m.
Beliau amat bersyukur kepada Tuhan
dan ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarganya dan
guru-guru yang sentiasa memberi sokongan moral.
( SUMBER BUKU PROGRAM HARI KOKU 2012)
TAHNIAH DAN SYABAS