Thursday, November 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA WARGA SEAFIELD YANG BERAGAMA HINDU DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SEAFIELD.

 
Salam Ikhlas Daripada Panitia Sejarah
tss@seafield

Pemantauan Jemaah Nazir Negeri Selangor dan Putrajaya

Tarikh : 2 November 2010
Hari : Selasa
Masa : 7.30 - 4.30 pm
Lokasi : SMK Seafield
Program : Pemantauan Panitia Sejarah oleh Jemaah Nazir Sekolah

UCAPAN TERIMA KASIH
Terutama pihak sekolah dan panitia sejarah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jemaah Nazir Negeri Selangor, Pn Roziyati Bt Komar dan Putrajaya, Dr Mohd Suhaimi Bin Mohamed Ali kerana memilih sekolah kami untuk dipantau. Dalam proses pemantauan, banyak pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari daripada mereka. Segala pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan banyak membantu kami untuk menambahbaikan lagi pengurusan panitia sejarah dari semasa ke semasa. Juga tidak dilupakan Pn pengetua Teh Seok Im, Penolong Kanan Akademik Pn Chong Ik Poh, Guru Kanan Pn Periachee, Pn Viani Aba (Penolong Kanan T6) dan semua guru sejarah yang telah memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan proses pemantauan.
Sebagai ketua panitia sejarah, saya berasa bersyukur dan terima kasih kerana segala idea dan cadangan yang dikemukakan amat membantu kami untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan panitia dan pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan.

Pn Pengetua sedang berbincang dengan Jemaah Nasir Sekolah
Jamuan tengah hari untuk tetamu Jemaah Nazir


TERIMA KASIH

sehari dalam sejarah
tss@seafield

Wednesday, November 3, 2010

MAJLIS PERSARAAN TN HJ ZAHARUDDIN ABU BAKAR DAN PN FONG WAI CHAN

Tarikh : 1 November 2010
Hari : Isnin
Lokasi : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Masa : 8.30 - 1.10 tgh
Laporan : Saudari Yeo Xin Jie


Gambar kenangan Tn Haji Zaharuddin dan Pn Fong Wai Chan bersama rakan-rakan Seafield
Majlis perpisahan Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan bermula pada pukul 10.30 pagi di Dewan Seri Kenangan SMK Seafield. Kehadiran kedua-dua guru itu disambut dengan meriah sekali. Para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh ketika menyambut kedatangan beliau. Seterusnya, semua orang diminta menyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

  
Ketibaan Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong disambut dengan meriah


Acara bermula dengan ucapan ketua  pengawas, Justin Wong sebagai wakil pelajar dan setinggi-tinggi pengharagaan  kepada guru yang telah berkhidmat selama lebih daripada 15 tahun di sekolah ini. Kemudian, tuan pengetua, Puan Teh Seok Im menyampaikan ucapan tentang pengorbanan dan bakti Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan untuk menjadikan sekolah unggul dalam bidang akademik dan sukan. Menurut beliau, Puan Fong pernah memegang jawatan bendahari PIBG selama 2 tahun dan kini merupakan ketua panitia perdagangan. Tn Hj Zaharuddin pula merupakan pakar rujuk SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,ketua panitia pendidikan jasmani serta  jurulatih bola sepak, olahraga dan hoki.
 
 Ucapan oleh Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong

Pada jam 11 pagi, Puan Fong memberikan sepatah dua kata tentang hasrat beliau untuk melancong ke serata tempat selepas bersara. Beliau juga amat terharu akan majlis yang dianjurkan ini penuh bermakna. Acara diikuti dengan ucapan Tn Hj Zaharuddin yang berbaur dengan  air mata. Beliau kelihatan kesal dan dukacita untuk meninggalkan sekolah ini. Persembahan powerpoint yang berkaitan dengan biodata guru ditujukan kepada semua. Selepas itu, upacara pemotongan kek diadakan dengan iringan muzik lagu hari jadi. Para hadirin menyanyikan lagu hari jadi sambil bertepuk tangan bagi memeriahkan suasana lagi.
 
 Upacara pemotongan kek hari jadi

 
Persembahan para pelajar

 
"Clock Off" oleh Tn Hj Zaharuddin dan Pn Fong

Pada pukul 12.15 tengah hari, acara berlangsung dengan piana solo menyebabkan semua orang terpegun melihat seorang pelajar lelaki memainkan piano dengan kelajuan yang menakjubkan mengikut rentak muzik. Akhir sekali, persembahan video tentang pandangan para guru tentang perpisahan rakan sekerja ditayangkan. Sesungguhnya, majlis ini memperlihatkan bakat dan kreativiti pelajar selain menghiburkan hati semua.Sesi pemberian hadiah diadakan sebelum majilis ini bersurai. Wakil persatuan dan kelab tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Tepat pada pukul 1 petang, majlis ini berakhir dengan perarakan Tn Hj Zaharuddin Abu Bakar dan Pn Fong Wai Chan yang diiringi para pelajar dan guru sehingga ke pintu utama sekolah.

 
 Bye bye ! warga Seafield

  
Bye bye ! Jumpa lagi
  
SELAMAT BERSARA
JASAMU DIKENANG DAN DIINGATI

salam ikhlas dari panitia sejarah
tss@seafueld

Monday, October 4, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2010

Selamat menduduki peperiksaan ditujukan kepada semua pelajar tingkatan 3, semoga anda berjaya menjawab semua soalan dengan baik dam memperoleh keputusan cemerlang.

 

ALL THE BEST 
GOOD LUCK

"MURIDKU ANAKKU SAYANG"
sehari dalam sejarah
tss@seafield


Selamat Pengantin Baru Liana dan Shahrizan

Selamat pengantin baru kepada Cikgu Dziatul Liana Bt Hj. Dzia-uddin dan Mohd Shahrizan Bin Hj. Sahri. Majlis perkahwinan telah diadakan pada hari sabtu, 2 Oktober 2010 di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam. Majlis ini telah dihadiri oleh rakan-rakan guru dari SMK Seafield. Diharapkan cikgu Liana dan pasangannya berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Cikgu Liana
Kenangan bersama rakan-rakan Seafield

sehari dalam sejarah
tss@seafield

Sunday, September 26, 2010

PROGRAM 2 Q SEJARAH PMR 2010

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hazli PPD Perdana kerana menjemput guru sejarah SMK Seafield sebagai fasilitator untuk Program 2Q Sejarah untuk PPD Petaling Perdana dan Utama. Kami dua orang guru sejarah telah menerima tanggungjawab yang diamanahkan dan seterusnya berusaha untuk mencari bahan dan idea untuk program ini walaupun hanya diberitahu dua hari sebelum program dilaksanakan.

Daripada maklumat yang diterima, seramai 30 guru sejarah dari PPD Petaling Perdana dan 20 guru sejarah dari PPD Petaling Utama akan dijemput untuk menghadiri program ini. Hal ini juga bermaksud guru sejarah yang dijemput mempunyai latar belakang yang berbeza seperti dari segi pengalaman mengajar sejarah dan sebagainya. Kami perlu fikir bagaimana program ini dilaksanakan supaya ia dapat menarik perhatian guru sejarah dan bersama-sama meningkatkan prestasi sejarah PMR dari segi kuantiti dan kualiti.

Program ini telah dilancarkan dengan berjaya dan mendapat sokongan yang menggalakkan daripada para peserta program 2Q sejarah. Terima kasih kepada Pn Roszaini, PPD Petaling Utama yang sentiasa memberi bantuan kepada kami sepanjang masa program dilaksanakan dan juga terima kasih kepada semua peserta program yang memberi sokongan, kerjasama dan galakkan sepenuhnya sepanjang bengkel dan ceramah dijalankan. Juga tidak dilupakan Pn Rooslina Ahmad yang sentiasa bersama dengan kami untuk membantu menjayakan program ini. Pengalaman baru dan manis ini tidak akan kami lupakan.

Berikut merupakan laporan ringkas dari sudut pendapat sebagai fasilitator program 2Q sejarah :

Tarikh : 23 September 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari.
Tempat : Dewan Inspirasi, PPD Petaling Utama
Pegawai PPD Utama : Pn Roszaini Rahman

Masa : 7.10 - 8.10 pagi
Bertolak dari SMK Seafield dan sampai di PPD utama melalui stadium Kelana Jaya.

Masa : 8.10 - 8.30 pagi
Nampak sudah ada peserta berada di Dewan Inspirasi. Kami berjumpa dengan Pn Roszaini dan memperkenalkan diri sebagai fasilitator hari ini. Kami beritahu akan cuba sedaya upaya untuk menjayakan program hari ini.

Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Slot 1 : Bengkel : mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran sejarah dan cara guru untuk mengatasinya.

Guru/peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima/enam ahli. Setiap kumpulan perlu membuat perbincangan dan mengemukakan tiga masalah yang dihadapi oleh guru semasa P&P sejarah serta tiga cara untuk mengatasinya / tiga langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam masa 10 hari/sebelum PMR untuk membantu pelajar lulus dengan cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti. (Semua alat tulis telah disediakan sebelum bengkel dimulakan. Terima kasih Pn Rooslina Ahmad.)

Tujuan slot ini diadakan supaya guru sejarah dapat berinteraksi, berbincang dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam P&P sejarah memandangkan peserta adalah terdiri daripada guru yang mempunyai pelbagai pengalaman yang berbeza. Guru yang berlainan umur dan pengalaman mengajar telah duduk bersama-sama membincangkan tajuk yang diberikan.

Peserta sedang membincangkan isu/masalah dan langkah mengatasi
      

Selepas tiga puluh minit, wakil setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan hasil perbincangan mereka dari segi masalah/isu dalam P&P sejarah dan cara untuk mengatasinya. Pelbagai masalah/isu telah dikemukakan oleh guru dan mereka telah berkongsi idea atau cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Yang penting ialah para peserta dapat berkongsi pengetahuan dan cara/idea yang paling berkesan untuk membantu pelajar dalam masa 10 hari sebelum peperiksaan PMR.

Pembentangan oleh peserta tentang isu/masalah dan cara berkesan dalam p&p sejarah
  

Para peserta menumpukan perhatian samasa pembentangan oleh rakan
  

Masa : 10.00 - 10.20 Rehat 

 

Masa : 10.30 - 11.30 pagi
Slot 2 : Bagaimanakah guru boleh membantu pelajar meningkatkan prestasi dari segi kualiti dan kuantiti ?
Penceramah berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang beberapa program yang boleh membantu sekolah meningkatkan prestasi sejarah PMR dari segi kualiti dan kuantiti. Berikut merupakan beberapa program yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi PMR :
  • Mengenalpasti sukatan minimum
  • Guru mengajar cara belajar yang berkesan
  • Guru mengulangkaji secara pantas bersama pelajar
  • Program Tutor atau Mentor-Mentee
  • Kelas Intervensi selepas sekolah
  • Guru mengulangkaji berpandukan soalan
  • Program fokus
  • Bengkel Sejarah
  • Galakkan guru untuk meningkatkan keyakinan pelajar
Pembentangan oleh penceramah cara berkesan untuk membantu pelajar dan sesi soal jawab
  

sehari dalam sejarah
tss@seafield

FOKUS PMR 2010 SEAFIELD

Panitia sejarah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Sophia Law dan Cikgu Lim Ong Lang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi Sejarah PMR. Pelbagai program meningkatkan prestasi sejarah telah dijalankan dalam masa dua minggu ini untuk membantu pelajar mencapai pencapaian yang cemerlang dan terbilang dalam peperiksaan PMR 2010. Pihak panitia juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Chong, penolong kanan akademik yang telah berusaha dan merancangkan program meningkatkan prestasi bagi semua subjek PMR. Semoga anak-anak murid yang disayangi mencapai prestasi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam PMR 2010. INGAT, CIKGU SENTIASA BERSAMA DENGAN ANDA!

BERJUANG SEHINGGA SAAT AKHIR………DEMI KEJAYAAN!!!

Ucapan oleh Pn Chong, Penolong Kanan Akademik Seafield sebelum mulanya Fokus PMR pada 20 September 2010 (Lokasi Dewan Blok A)

Fokus PMR 2010 di Dewan Seri Kenangan Seafield

Menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh oleh pelajar semasa Fokus PMR

BERJUANG SEHINGGA SAAT AKHIR………DEMI KEJAYAAN!!!

"MURIDKU ANAKKU SAYANG"

SEMOGA ANDA BERJAYA
sehari dalam sejarah