Saturday, March 27, 2010

ISTILAH SEJARAH TINGKATAN 3-BAB 1

Istilah sejarah terbaru ini mengandungi 3 bahasa, harap dapat membantu semua pelajar semasa membaca buku teks sejarah.


BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
ISTILAH
BAHASA MELAYU
BAHASA CINA
BAHASA INGGERIS
Imperialis
Negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain.
帝国主义
Imperialist
Pasaran
Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan(berjual beli)
市场
Market
Sekatan
Rintangan atau halangan
阻碍,障碍
Restriction
Mengambil alih
Menggantikan sesuatu pihak yang mengendali sesuatu
接管
Take over
Propoganda
Penerangan atau penyiaran pendapat atau ideologi yang dihebahkan untukmendapatkan sokongan orang ramai
宣传
Ideology
Slogan
Kata-kata keramat yang yang dijadikan pegangan/panduan sesuatu organisasi
标语,口号
Slogan
Iktibar
Pengajaran, contoh, ibarat, teladan
教训,例子
Lesson
Infrastruktur
Kemudahan dan perkhidmatan asas (spt: kemudahan pengangkutan, pendidikan,kesihatan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang dipelukan untuk pembangunan danpertumbuhan sebuah negara.
基本结构
Infrastructure
Bumi hangus
Pemusnahan semua yang berguna bagi musuh
摧毁
Charred earth
Melumpuhkan
Menjadikan lumpuh, melemahkan
使瘫痪,无力
Disabling
Menghindari
Menjauhkan diri daripada sesuatu
避开
Avoid
Menyekat
Menahan kemaraan
阻挠
Block
Aktiviti perisikan
Aktiviti mengumpulkan bukti atau keterangan secara rahsia
秘密调查
Intelligence activities
Terpengaruh
Kena pengaruh, dikuasai, dipengaruhi
被影响,受管制
Affected
Wilayah
Jajahan, daerah, kawasan
区域,县
Region
Dasar
Pendirian yang menjadi asas segala tindakan
原则
Policy
Kebajikan
Sesuatu yang membawa kebaikan
福利
Welfare
Muslihat
Tipu daya, helah
诡计,奸计
Trick
Elaun
Bayaran yang diberikan kepada seseorang secara tetap
津贴
Allowance
Dieksploitasi
Digunakan oleh sesuatu pihak untuk kepentingan mereka sendiri
被利用
Exploited
Membiayai
Belanja untuk sesuatu
支付...的开销
Finance
Reaksi
Gerakan atau aksi yang timbul kerana sesuatu pengaruh
反应
Feedback
Mengalu-alukan
Menyambut baik sesuatu
款待,招待
Welcome
Menyusahkan
Menyukarkan, menyulitkan
使困难
Against
Mengiktiraf
Menerima atau mengakui
承认
Recognize
Dibubarkan
Selesai tugas, dihentikan
结束,被解散
Dissolved
Kekejaman
Perihal kebengisan, keganasan, kezaliman
残酷
Cruelty
Memulaukan
Memisahkan daripada yang lain, mengasingkan, menyisihkan
孤立
Boycott
Gerila
Perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadapan
游击战
Guerrilla
Menyemarakkan
menjadikan semarak, membangkitkan semangat
奋发精神
Animate
Mencurigakan
Syak, wasangka, waswas, sangsi
令人起疑
Suspicious
Mungkir janji
Tidak menepati janji
不遵守诺言
Renege promise
Mengongkong
Membatasi pergerakan dan kebebasan
囚禁
Stifles
Merosot
Sangat banyak turunnya, jatuh sekali
减退,退步
Decline
Inflasi
Keadaan harga barang melambung tinggi disebabkan bertambahnya kuasa beli
通货膨胀
Inflation
Kesengsaraan
Kesusahan, penderitaan
悲惨的境遇
Misery
Catuan
Bahagian makanan yang ditentukan jumlah atau banyaknya
限额
Ration
Pengintipan
Perbuatan mengintip
窥视,侦察
Espionage
Kebuluran
Kelaparan
饥饿
Hunger

Selamat Maju Jaya
KP sejarah @ tss


Wednesday, March 24, 2010

Contoh soalan KBKK - Pilihan Bulan Mac

 Berikut merupakan contoh esei untuk bulan ini daripada Rishebashni Mohan (5A):
Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha kerajaan bagi membentuk bangsa Malaysia ?
Antara usaha kerajaan bagi membentuk bangsa Malaysia sehingga kini ialah mewujudkan konsep Satu Malaysia . Melalui konsep ini,rakyat Malaysia dapat disatukan di bawah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Selain itu, kerajaan juga telah memartabatkan Bahasa Malaysia. Dengan ini, bahasa menjadi alat perpaduan kerana seluruh rakyat mempunyai satu bahasa yang umum. Di samping itu,kerajaan juga mengutamakan perpaduan kaum. Dalam usaha tersebut,kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan,iaitu menyatukan tiga buah sekolah iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan di satu kawasan untuk memupuk perpaduan kaum. Kerajaan juga giat menjalankan Program Latihan Khidmat Negara. Tujuannya ialah untuk membina jati diri golongan muda serta memupuk perasaan cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Tambahan pula, kerajaan juga memberi tekanan kepada Rukun Negara, Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Contohnya, di sekolah awam, warga sekolah diwajibkan menyanyikan Lagu Negaraku dan kibarkan Jalur Gemilang serta membacakan Rukun Negara apabila perhimpunan rasmi diadakan. Dengan memegang kepada simbol-simbol ini yang menjadi identiti negara,rakyat akan bangga menjadi bangsa Malaysia.

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2010

PENGUMUMAN :
Persatuan Sejarah & Geografi SMK Seafield menganjurkan satu pertandingan menulis esei sejarah. Semua pelajar digalakkan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan maklumat tentang pertandingan :




PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2010

Tajuk Esei: Penghayatan mata pelajaran Sejarah dapat menjana Satu Malaysia.  Berikan
                     pendapat anda tentang pernyataan ini.

Anjuran: Persatuan Sejarah & Geografi

Syarat Penyertaan:
·         Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
·         Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:-
Kategori Pertama : Tingkatan 1-3
Kategori Kedua : Tingkatan 4-6
·         Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Tarikh tutup pertandingan: 31 Julai 2010                

Format karangan:
1.      Karya yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, jenis tulisan Arial/Times New Roman, fon 12 dan berjilid kemas.  Untuk kategori pertama, jumlah perkataan dihadkan antara 300 hingga 400 patah perkataan, manakala kategori kedua, jumlah perkataan dihadkan antara 500 hingga 800 patah perkataan, 
2.      Tajuk karangan, nama dan tingkatan mestilah ditulis dengan jelas pada muka depan karangan.
3.      Jumlah perkataan perlu dicatatkan pada muka surat terakhir karya.
4.      Hasil karya hendaklah dihantar ke email :  panitiasejarahsmkseafield@gmail.com 

Kriteria Penilaian:
Karya yang layak dipertandingkan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:-
1.      Karya ditulis secara terfokus kepada tema tertentu.
2.      Setiap isi dikupas secara analitis, logikal dan tersusun.
3.      Isi karya disampaikan melalui persembahan yang teratur dari segi hujahan, gaya bahasa, peralihan perenggan yang jelas, dan tatabahasa yang baik.
Hadiah:






Kategori Pertama
Kategori Kedua
Tempat
Hadiah
Tempat
Hadiah
1
RM 70 & sijil penyertaan
1
RM 70 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan








Urus Setia,
Anushinee a/p Annantha Krishnan
5 Amanah
Persatuan Sejarah & Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya

* sila rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing untuk maklumat lanjut.