Thursday, March 10, 2011

KEMBARA MINDA DI MUZIUM NEGARA

Program : Lawatan sambil Belajar ke Muzium Negara
Aktiviti : Kuiz Kembara di Muzium
Masa : 7.30 pagi  - 2.00 petang
Laporan : Cikgu Hareza Bt Abu


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar terutamanya ahli persatuan Sejarah kerana telah menjayakan program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan ini ke Muzium Negara. Seramai 41 orang murid menyertai lawatan kali ini termasuk 3 orang guru pengiring iatu Cikgu Tan, Cikgu Hareza dan Cikgu Nazuha.

Gambar Kenangan di Bangunan Muzium Negara bersama pegawai Muzium


Aktiviti bermula jam 7.30 pagi di mana semua peserta rombongan berkumpul di kantin untuk taklimat ringkas dari ketua rombongan dan semua peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan kecil. Rombongan bertolak dari sekolah jam 8.00 pagi dengan menaiki bas sekolah dan perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit kerana kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Rombongan tiba di perkarangan Muzium jam 9.00 pagi dan pegawai muzium, Cik Wahida sudah sedia menunggu kedatangan kami. Sebelum memulakan aktiviti, kesempatan diambil untuk merakamkan gambar kenangan di hadapan muzium.

 Bergambar di depan sekolah & Merasa gembira sebelum bermulanya kembara
 

Rombongan kemudiannya dibawa masuk ke dalam muzium dan Cik Wahida memberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti kembara minda yang akan dijalankan. Tepat jam 9.30 pagi, semua kumpulan kecil diberikan sehelai kertas yang mengandungi 50 soalan subjektif dan diminta untuk menjawab semua soalan tersebut dalam masa dua jam sahaja. Soalan bagi aktiviti ini adalah ihsan dari pihak muzium sendiri untuk membantu pelajar supaya lebih menghayati khazanah yang terdapat di dalam muzium. Setelah penat mengembara ke setiap bahagian muzium, pada jam 11.30 peserta dibenarkan berehat sebentar di ruang legar muzium sementara menantikan keputusan dari pihak muzium. 

Cikgu Hareza sedang membuat pendaftaran & Taklimat oleh pegawai Muzium
  

Kembara Minda oleh para pelajar di dalam galeri Muzium
  
 
Kembara minda di kawasan luar muzium
 
penatnya selepas kembara 
 
Rehat sementara menunggu keputusan & soal selidik dari pihak muzium
 
Bergambar di Muzium Senikraf Orang Asli & Johan kumpulan "G"
   
Naib Johan Kumpulan "I" dan Ketiga kumpulan "F"

 walaupun penat + lapar tapi depan dengan kamera semua bertenaga +gembira

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutamanya kumpulan G yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara bagi aktiviti kembara minda. Hadiah disampaikan oleh Cik Wahida kepada para pemenang. Tepat jam 12.30 tengah hari semua peserta dijamu makan tengah hari di kafe muzium. Lebih kurang jam 1.15 petang, rombongan bertolak meninggalkan muzium dan tiba di SMK Seafield jam 2.00 petang.

Gambar kumpulan di dataran muzium bersama pegawai muzium
Pelajar sedang membaca watikah kemerdekaan & penyampaian cenderahati kepada Cik Wahida
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Muzium Negara kerana memberi layanan yang begitu baik sekali serta telah menghadiahkan watikah kemerdekaan untuk diletakkan di sekolah. Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan. 

AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA

Friday, February 25, 2011

TAKLIMAT KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

Program : Taklimat Kerja Kursus Sejarah PMR
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah


Taklimat kerja kursus sejarah PMR 2011 telah dilaksanakan dengan berjaya oleh Cikgu Sophia Law dan Cikgu Lim Ong Lang. Terima kasih.





Selamat menjalankan kerja kursus sejarah
Semoga anda berjaya

Saturday, February 19, 2011

LARIAN LESTARI HIJAU SEAFIELD

Aktiviti : Larian Lestari Hijau Seafield
Tarikh : 19 Februari 2011
Hari : Sabtu 
Laporan : Nur Shahirah Hj Mohd Yasin  ( 5 Budi )    

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga seafield dan pembaca blog ini. Bertemu kita lagi di lembaran ini, jika dulu saya pernah menulis mengenai mantan pengetua SMK Seafield kini saya akan menulis mengenai salah satu program yang lazim dilakukan setiap tahun oleh sekolah ini, iaitu program merentas desa SMK Seafield. Namun begitu , ada kelainan bagi larian kali ini kerana pada tahun ini larian merentas desa SMK Seafield ditukar kepada Larian Lestari Hijau SMK Seafield sempena dengan program lestari hijau sekolah . Oleh itu, pengetua SMK Seafield, Pn Hajah Zaleha Abu Hasan telah mengambil keputusan untuk menghijaukan semua warga seafield pada hari ini dengan memakai baju yang berwarna hijau tanpa menggunakan baju berlogo sekolah. Ini merupakan kali pertama dan kali terakhir bagi kami di tingkatan lima untuk memakai baju berwarna hijau ketika berlari merentas desa pada tahun ini.

Larian Lestari Hijau SMK Seafield telah bermula pada jan 7.30 dimana semua murid hadir dengan penuh semangat berbaju hijau dengan tujuan untuk berlari dan membawa pulang hadiah yang desediakan oleh sekolah. Seperti biasa, semua murid dikumpulkan ditapak perhimpunan bagi memudahkan guru kelas untuk mengambil kedatangan pelajar pada hari ini kerana hari ini juga merupakan hari sekolah ganti sempena tahun baru cina yang lalu. 

Barisan Pentadbir Sekolah dan AJK PIBG sekolah
 

Pada lebih kurang jam 8 pagi, semua pelajar disuruh untuk melakukan sedikit ’warming up’ bagi mengelakan sebarang kecedaraan berlaku terutamaya di bahagian kaki. Acara memanaskan badan dipimpin oleh beberapa orang wakil daraipada Kelab Olahraga yang dipimpin oleh Aminul Rashid dari tingkatan empat. Semua pelajar semangat melakukan pemanasan badan kerana tidak mahu disentuh oleh mana-mana St John yang ada diselekoh bagi melihat sesiapa yang cedera kerana menurut En Abdul Rahim khalid (PK Ko-ku), jika pihak St John menyentuh pelajar kerana kesakitan atau kecedaraan yang dialami maka penyertaan sebagai pelari merentas desa terbatal. 

 Senaman Aerobik dipimpin oleh Kelab Olahraga Sekolah
   
Gambar-gambar menarik Larian Lestari Seafield
     

      

Jam 9 pagi pelajar mula dilepaskan untuk memulakan acara larian ini mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh sekolah . Pelepasan dimulakan dengan kategori P3 ( tingkatan 1 dan 2 ) , P2 ( tingkatan 3 ) dan seterusnya P1 ( tingkatan 4 dan 5 ) . Setelah selesai semua pelajar perempuan dilepaskan barulah pelajar lelaki dilepaskan yang dimulai dengan L3, diikuti dengan L2 dan akhir sekali L1. Ramai pelajar yang lari dengan penuh semangat pada mulanya sehinggakan ada yang berlari pecut namun apabila terdapat larian menaiki bukit ramai yang berhenti kerana tiada daya lagi ,ada yang mengatakan bahawa mereka ’pancit’ kerana lama tidak berlari. Sepanjang larian tersebut terdapat beberapa ’check point’ yang ditugaskan oleh pelajar tingkatan 6 untuk mencatatkan nombor yang kelihatan sepanjang diselekoh tersebut . Tiada sebarang penipuan dilaporkan , semuanya mengikut laluan jalan yang ditetapkan .

Acara larian tamat pada jam 10.30 pagi , semua peserta kembali kesekolah dengan selamat . Ketika ini ada yang kelihatan gembira kerana kemenangan yang dicapai tetapi ada juga sedih dan kecewa kerana tidak dapat mencapai sasaran untuk berpingat pada tahun ini. Namun begitu seperti kata pengetua ketika acara penyampaian hadiah berlansung, bahawanya semua pelajar yang hadir pada hari adalah pemenang dan tiada yang kalah pada hari ini.

Setelah penat berlari, kami dibenarkan berehat dikawasan sekolah sementara menunggu acara penyampaian hadiah. Pada jam 11 pagi semua murid dikumpul seperti pagi tadi di tapak perhimpunan namun kali ini semua murid duduk mengikut rumah sukan masing-masing . Acara peyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Seafiled, Pn Hajah Zaleha Abu Hasan. Beliau sangat gembira dengan kadatangan pada hari ini yang sungguh memberangsangkan walaupun pada hari Isnin ini merupakan hari peperiksaan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru kerana malancarkan program pada hari ini dan ucapan tahniah kepada semua murid kerana melaksanakan arahannya untuk berbaju hijau pada hari ini. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada semua pemenag oleh Pn Pengetua. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang dimulakan dengan kategori P3 , P2 , P1 dan kemudian diteruskan oleh pelajar lelaki dengan kategori L3, L2 dan berakhir dengan kategori L1 . Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang pada hari ini. Setelah itu diumumkan pula untuk jumlah mata bagi setiap rumah sukan . Tempat kelima jatuh kepada Rumah Merah , Rumah Ungu ditempat keempat , Rumah Biru dan Rumah Hijau masing-masing ditempat ketiga dan kadua . Juara bagi rumah sukan  Larian Lestari SMK Seafield pada tahun 2011 jatuh kepada Rumah Kuning. Sekalung tahniah diucapkan kepada Rumah Kuning. Acara pada hari ini berakhir pada jam 11.40 dengan lagu sekolah . Kemudian Pn Pengetua telah memberi hadiah kepada semua pelajar dengan membenarkan kami pulang awal pada hari ini. Tahniah dan terima kasih saya ucapakn kerana telah menjayakan larian merentas desa pada tahun ini. Harap dapat bertemu di bahagian yang lain. Sekian, terima kasih.

Bantuan daripada  Pasukan St John Sekolah, Pasukan Polis Subang Jaya dan Pasukan Pegawai MPSJ 
   

Ahli-ahli Persatuan Sejarah Sekolah
 

AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA