Thursday, February 17, 2011

PEMAKAIAN UNIFORM @ BADAN BERUNIFORM SEKOLAH

Tarikh : 16 Februari 2011
Hari : Rabu
Program : Pemakaian Uniform bagi Badan Beruniform Sekolah

Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian beruniform ke sekolah pada setiap hari Rabu. Pelajar-pelajar kelihatan begitu segak dan kemas. Ia manambahkan lagi semangat patriotiisme dalam diri pelajar. 

Gambar menunjukkan antara pelajar yang memakai uniform


SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday, February 15, 2011

MAKLUMAT TAMBAHAN SEJARAH T4


BAB 1 : TAMADUN AWAL MANUSIA

SEJARAH MESIR PURBA
TAMADUN MESIR PURBA
TAMADUN MESOPOTAMIA

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

TAMADUN YUNANI
YUNANI PURBA


BAB 3 : KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2011


Tajuk Esei: ”SAYA ANAK MALAYSIA”

Anjuran: Persatuan Sejarah SMK SEAFIELD, Subang Jaya.

Syarat Penyertaan:
·         Murid-murid SMK Seafield, Subang Jaya.
·         Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
·         Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:-
Kategori Pertama : Tingkatan 1-3
Kategori Kedua : Tingkatan 4-6
·         Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Tarikh tutup pertandingan: 31 Julai 2011

Format karangan:
1.      Karya yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, jenis tulisan Arial/Times New Roman, fon 12 dan berjilid kemas.  Untuk kategori pertama, jumlah perkataan dihadkan antara 300 hingga 400 patah perkataan, manakala kategori kedua, jumlah perkataan dihadkan antara 500 hingga 800 patah perkataan, 
2.      Tajuk karangan, nama dan tingkatan mestilah ditulis dengan jelas pada muka depan karangan.
3.      Jumlah perkataan perlu dicatatkan pada muka surat terakhir karya.
4.      Hasil karya hendaklah dihantar ke email :  panitiasejarahsmkseafield@gmail.com 

Kriteria Penilaian:
Karya yang layak dipertandingkan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:-
1.      Karya ditulis secara terfokus kepada tema tertentu.
2.      Setiap isi dikupas secara analitis, logikal dan tersusun.
3.      Isi karya disampaikan melalui persembahan yang teratur dari segi hujahan, gaya bahasa, peralihan perenggan yang jelas, dan tatabahasa yang baik.

Hadiah:
Kategori Pertama
Kategori Kedua
Tempat
Hadiah
Tempat
Hadiah
1
RM 70 & sijil penyertaan
1
RM 70 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan







**Sila rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing kalau terdapat sebarang pertanyaan.

Urus Setia,
Hanna Bt Arif (5D)
Setiausaha
Persatuan Sejarah 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya


PERSATUAN SEJARAH 2011


PERSATUAN SEJARAH 2011

PENGENALAN
Persatuan Sejarah sekolah ditubuhkan selaras dengan keperluan gerak kerja kokurikulum sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)859/JLD.II(29) bertarikh 2 Januari 1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. Penubuhan Persatuan Sejarah juga berasaskan konsep bahawa gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Gerak kerja persatuan sejarah boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi perkembangan intelek, minat, sosial, jasmani dan rohani.


PERSATUAN SEJARAH SMK SEAFIELD
Persatuan ini diketuai oleh dua orang guru yang bertanggungjawab dalam mengendalikan semua aktiviti persatuan. Perjumpaan persatuan diadakan pada hari khamis pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Manakala perjumpaan sesi petang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga jam 10.00 pagi. Semua aktiviti yang dijalankan adalah hasil perbincangan yang diadakan oleh ahli persatuan dan mengikut jadual kegiatan kokurikulum sekolah 2011.

VISI

Untuk membentuk warga “Seafiled” yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.

MISI

Misinya adalah supaya pelajar dapat:

a.      Mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.
b.      Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.
c.       Bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis.
d.      Memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.
e.      Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya.
f.        Bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.



Carta Organisasi AJK Persatuan Sejarah 2011

Pengerusi
Anis Nabila Binti Amir Hamzah (5B)
Naib Pengerusi
Muhamad Azim Fitri Bin Abdul Muis (5D)
Setiausaha

Hanna Binti Mohamad Afif (5D)

Bendahari
Nurazmina Binti Azman (5C)
Wakil Tingkatan
Amir Firdaus Bin Mustaffa Kamal (5E)
Iyad Zafir Bin Sariff (5G)
Yeep Hui Yuen (4I)
Natasha Alia Saw (3G)



PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN SEJARAH 2011
TAHUN : 2011
SESI : PAGI
  Bulan
 Tarikh
                                   Aktiviti
        Catatan/Tindakan
Januari
7.1.2011
Pendaftaran dan taklimat kokurikulum
Di Tapak Perhimpunan

13.1.2011
Mesyuarat Agung Persatuan
Di Kelas 3 Kukuh

27.1.2011
Permainan bertajuk ‘How Well Do You Know Your Friend’
Di Kelas 3 Kukuh
Februari
10.2.2011
Tayangan Video Sejarah
MPB

19.2.2011
Merentas Desa
Sekolah
Mac
3.3.2011
Aktiviti Treasure Hunt
Di Kawasan Sekolah

10.3.2011
Lawatan ke Muzium Negara
Muzium Negara, Kuala Lumpur

24.3.2011
Aktiviti menceriakan Taman Persada Warisan Sejarah
Taman Warisan

31.3.2011
Aktiviti Permainan ‘Fear Factor Vegie'
Taman Warisan
April
14.4.2011
Aktiviti Taboo Sejarah/carta sejarah
MPB

28.4.2011
Sketsa Perjuangan Kemerdekaan
MPB
Mei
28.5.2011
Lawatan ke Tempat Bersejarah di Seremban, Negeri Sembilan
Seremban, Negeri Sembilan.
Jun
Julai
Ogos
7.6.2011
Aktiviti Perayaan Kemerdekaan
a)      Kuiz Sejarah
b)      Pertandingan Melukis Tokoh Sejarah, bangunan bersejarah dan perayaan kemerdekaan.
c)      Pertandingan membuat poster sejarah atau album sejarah.
d)      Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotisme
e)      Pertandinga Menulis Esei ‘Saya Anak Malaysia’ atau ‘Negaraku Malaysia’
f)       Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan.
MPB
 ***Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


SELAMAT MAJU JAYA
AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA 




Friday, February 4, 2011

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 21/2 2011

Para pelajar Tingakatan 3 boleh mendapat maklumat berikut tentang projek sejarah PMR 2011. Sila rujuk kepada guru sejarah masing-masing untuk mendapat maklumat selanjutnya. Terima kasih.




Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti
Salam sejahtera dari
panitiasejarah

Saturday, January 8, 2011

TAKLIMAT/PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2011

Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : 7.45 - 8-45 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
Program : Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum

Terima kasih kepada pelajar yang telah membantu guru dalam program pendaftaran persatuan/kelab sejarah. Aktiviti ini dilaksanakan supaya para pelajar boleh memilih aktiviti kokurikulum mengikut tiga ketagori iaitu badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Didapati suasana begitu meria kerana para pelajar telah menggunakan cara kreatif dan inovasi masing-masing untuk menarik ahli baru. Ahli Persatuan Sejarah juga berusaha untuk menarik ahli baru dengan poster yang begitu menarik. Terima kasih. 

Aktiviti persatuan sejarah akan diadakan pada setiap Hari Khamis mengikut takwim sekolah, jam 3.00-4.30 petang. Mesyuarat Agung akan diadakan pada hari khamis depan (13 Jan 2011) di Bilik MPB Pusat Sumber Sekolah. Pelajar yang belum daftar pada hari pendaftaran dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat agung persatuan sejarah.

Diumumkan bahawa  Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara akan diadakan pada 10 Mac 2011 (Hari Khamis), pelajar yang berminat sila memberi nama kepada jawatankuasa semasa mesyuarat agung.

Ahli Persatuan Sejarah 2011


AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA

sehari dalam sejarah
tss@seafield

Thursday, December 16, 2010

PN ZALEHA ABU HASAN SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SMK SEAFIELD

Semua warga Seafield mengalu-alukan kedatangan pengetua kami Pn Zaleha Bt Abu Hasan yang mula bertugas di SMK Seafield pada pada hari ini (16 Disember 2010). Dimaklumkan bahawa Pn Zaleha Bt Abu Hasan pernah berkhidmat sebagai pengetua di Seafield pada jangkamasa 1 April 2003 - 15 Ogos 2006 sebelum berkhidmat di Pejabat Daerah Petaling. Bersama-samalah berusaha mencapai kecemerlangan dan visi sekolah "Menjadi Sekolah Utama Yang Menerajui".


 Seperti sirih pulang ke gagang, seperti burung pulang ke sarang
Itulah peribahasa  yang sesuai   untuk menggambarkan  kepulangan pengetua kami.
Selamat Datang…….Selamat Kembali….. PN ZALEHA BT ABU HASAN
               
Pn.Zaleha bt Abu Hasan bukanlah nama yang asing bagi warga SMK Seafield. Beliau  pernah berkhidmat di SMK Seafield  dari  16 Mac  2003 hingga 18 Ogos 2006, dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,  atas  kepimpinan yang cemerlang beliau  dinaikkan pangkat sekali lagi  dan  meneruskan  khidmat sebagai pengetua di SMK Shahbandaraya Klang dan SMK USJ 4.

Pn.Zaleha memang suatu nama yang cukup sinonim dengan kejayaan dan kecemerlangan sekolah ini. Seorang pengetua yang berani mencuba dan menyuntik semangat dan idea baru. Selaras dengan itu, beliau juga menjana Misi dan Visi sekolah. Ciptaan Misi dan Visi baru ini berhasrat  menjadikan SMK Seafield sebagai sebuah sekolah yang dapat menerajui  dalam pelbagai aspek sama ada  kurikulum dan kokurikulum.

Program “Team Building” untuk guru-guru yang dijalankan di Eagle Ranch Port Dickson pada tahun 2004 memang jelas menggambarkan hasrat dan harapan beliau agar semua warga pendidik SMK Seafield bekerjasama, bermuafakat,cekal dan berani memikul tanggungjawab.

Di samping itu, beliau juga  menganjurkan Lawatan Integrasi dan Bench Marking ke Sabah pada 11 -14 Ogos 2005.Tujuannya adalah untuk mewujudkan  hubungan yang baik  guru dengan guru dan antara pihak sekolah dengan PIBG agar  usaha-usaha penambahbaikan dapat dijalankan dengan lancar.

Bukan itu sahaja ,kebajikan pelajar juga menjadi agenda utama. Program Lawatan Jati Diri dan Integrasi ke Kota Kinabalu telah  dianjurkan pada 25-28 April 2006. Program ini seiring dengan hasrat untuk membina modal insan yang cemerlang yang mempunyai jati diri serta mampu bersaing untuk menghadapi cabaran.

Kami berharap kepulangan beliau  akan membawa SMK Seafield ke mercu kejayaan  yang lebih tinggi.

PN ZALEHA BT ABU HASAN
PENGETUA SMK SEAFIELD
SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SEAFIELD

salam ikhlas daripada
sehari dalam sejarah
tss@seafield