Tuesday, April 13, 2010

LATIHAN BAB 2 TINGKATAN 1

BERIKUT MERUPAKAN LATIHAN YANG DISEDIAKAN OLEH CIKGU SITI ASNI, HARAP DAPAT MEMBANTU ANDA...


SEJARAH BAB 2 ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN A : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang diberikan.

4000

menetap

Tukar barang

nomad

Fosil

bermasyarakat

zaman batu baru

adat resam

bercucuk tanam

kepingan batu

Binatang buas

sebelum sejarah

batu

besi

neolitik

artifak

logam

animisme

hasil hutan

Gelang

paleolitik

gangsa

ditulis

tembikar

Prasejarah bererti _____ (1) yang merujuk kepada zaman sebelum wujudnya tulisan. Zaman prasejarah di Malaysia boleh dibahagi kepada tiga zaman iaitu _____ (2), _____ (3) dan ____ (4). Zaman prasejarah adalah zaman terpanjang dan tiada catatan yang _____(5). Ahli arkeologi mengkaji tinggalan ____ (6) iaitu tulang manusia, binatang dan _____(7) yang diperbuat daripada batu, tembikar, kulit kerang, siput, manik dah kayu bagi menentukan perkembangan tamadun awal manusia. Pada zaman Paleolitik, manusia hidup secara _____(8). Gua dijadikan tempat perlindungan daripada  matahari, hujan dan ______ (9). Mereka memburu binatang dan memungut ______ (10). Peralatan _____ (11) digunakan untuk menumbuk, memburu binatang dan mempertahan kan diri. Kepercayaan ______ (12)  diamalkan. Zaman Neolitik dikenali sebagai ______13) . Masyarakat mula _____ (14) dan membina rumah. Wujudnya sistem _____(15) yang mengamalkan gotong royong dan pembahagian kerja. Mereka mula _____(16), menternak binatang dan berdagang secara _______ (17). Mereka mencipta peralatan _______(18) seperti bekas air, periuk dan belanga. Zaman Logam bermula kira-kira ______(19) tahun dahulu. Pada zaman ini manusia mula mencipta peralatan logam daripada _____(20) dan _____(21). Mereka mempunyai _____(22) dan menjalankan pengebumian menggunakan ______(23). Mereka juga telah mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting dan ________(24).

BAHAGIAN B: Namakan alatan mengikut kegunaannya / tempat penemuannya

1)  Digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
Jawapan : i)____________________      ii)______________________
2)  Digunakan untuk meraut dan memotong
Jawapan :____________________________
3)  Digunakan untuk menggali tanah dan mengetam batu.
Jawapan :_____________________________
4)  Digunakan untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
Jawapan :___________________________
5)  Ditemui di Gua Harimau, Perak pada Zaman Logam
Jawapan :_______________________
6)  Ditemui di Raub, Pahang pada Zaman Logam
Jawapan :__________________________




Selamat Maju Jaya & Jawab Untuk Jaya
panitiasejarah@tss

Saturday, April 10, 2010

Esei Bab 4 Tingkatan 4


Para pelajar boleh rujuk kepada rangka jawapan berikut untuk soalan esei anda :

Soalan 2 :
a) Jelaskan cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap penyebaran Islam
( 6 markah )
F1 Cemuhan, tohmahan dan tuduhan terhadap baginda
F2 Mengganggu ketika beribadah iaitu meletakkan benda kotor di tengkuk baginda
F3 Ancaman membunuh
F4 Menawarkan pangkat, harta dan wanita cantik kepada baginda
F5 memulaukan keluarga seperti
F6 Melarang aktiviti jual beli dengan keluarga baginda
F7 Tidak memberi pertolongan
F8 Tidak berkahwin dengan anggota keluarga baginda
F9 Pemulauan selama tiga tahun
F10 Penyair Arab Quraisy mengejek melalui puisi mereka.

b)      Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah ?
( 8 markah )
F1 Perbezaan amalan tradisi orang Arab Quraisy dengan ajaran Islam
F2 Ajaran Islam percaya keesaan Allah manakala orang Quraisy menyembah berhala
F3 Islam menyarankan persamaan taraf sesame manusia
F4 Arab Jahiliah mementingkan perbezaan darjat
F5 Islam mengamalkan konsep amalan persaudaraan yang bertentangan dengan semangat assabiah
F6 Dilarang melakukan amalan keji seperti mencuri, menindas, berzina dan minum arak
F7 Dari segi politik puak Quraisy beranggapan salah terhadap tugas Nabi
F8 Menerima Islam menunjukkan tunduk kepada kepimpinan Nabi
F9 Islam menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka
F10 Menggugat ekonomi perusahaan patung berhala.

c)       Bagaimanakah orang Islam menghadapi penentangan orang Arab Quraisy ?
( 6 markah )

F1 Baginda bersikap tabah dan sabar
F2 Semasa pemulauan, kehidupan umat Islam sangat terhimpit
F3 Abu Talib, bapa saudara nabi melindungi baginda
F4 Khadijah menyerahkan semua hartanya
F5 Penentangan orang Quraisy Makkah meningkat setelah kematian Abu Talib dan Khadijah
F6 Meminta umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan
F7 Baginda tidak turut serta kerana menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah
F8 Baginda bersama-sama Zaid bin Harithah menyebarkan Islam ke Taif namun gagal.
F9 Melakukan hijrah ke Madinah setelah Allah menurunkan wahyu
F10 sikap sabar, cekal dan tidak berputus asa menyebabkan dakwah baginda semakin kukuh.

Saoalan KBKK :
Bagaimanakah kita boleh mengelakkan diri daripada berlakunya peperangan dan perbalahan seperti berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliah ?
  • Berakhlak mulia
  • bertolak ansur
  • kepimpinan melalui teladan
  • menghormati hak asasi
  • mengelakkan isu-isu sensitif
  • bekerjasama
  • amalan bersaudaraan
  • bersikap jujur
  • hormat agama lain
  • mana-mana yang munasabah


JAWAP UNTUK JAYA

kpsejarah@tss


Wednesday, April 7, 2010

CONTOH ESEI BAB 3 TINGKATAN 4

Berikut merupakan contoh esei yang dipilih pada bulan ini. Terima kasih kepada Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (4B).


1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal ?


Terdapat empat pendapat yang berbeza daripada sejarawan mengenai cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan Awal .

Pendapat pertama mengatakan , peranan golongan Ksytariaatau tentera . Pendapat ini menyatakan bahawa pembentukan tanah jajahan takluk oleh golongan penakluk dari India bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan India .

Pendapat kedua pula adalah peranan golongan Vaisya atau pedagang . Proses perdagangan dikatakan sebagai faktor utama penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara .

Pendapat ketiga , melalui golongan Brahmin atau pendeta manakala pendapat keempat , peranan masyarakat tempatan . Mereka menyerap dan mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan .

Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat kerana disokong oleh ahli arkeologi . Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara , contohnya arca dengan ikatan kulit harimau yang hanya diperoleh di Srivijaya .

2 . Jelaskan peranan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara

             Terdapat beberapa peranan penting bagi Bahasa Sanskrit di Asia tenggara . Antara peranan primanya adalah merupakan bahasa sarjana , komunikasi dan keagamaan kerajaan Asia Tenggara . Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan , bahasa,pemerintah dan ilmu.

            Bahasa Sanskrit juga mempengaruhi bahasa melayu dan bahasa-bahasa lain d Asia Tenggara . Banyak perkataan Sanskrit yang masih kekal dalam bahasa melayu dan bahasa lain walaupun telah mengalami proses penyesuaian .

            Bahasa Sanskrit juga memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusateraan klasik atau kuno di  Asia Tenggara . Bahasa ini juga menyampaikan maklumat tentang agama , pemerintahan , raja dan undang-undang .

            Selain itu , bahasa Sanskrit dapat memberi amaran kepada rakyat supaya tidak menderhaka kepada raja . Bahasa Sanskrit juga mentampaikan arahan dan pemberitahuan daripada pemerintah kepada rakyat .

            Peranan Bahasa Sanskrit juga dapat dikesan dalam bidang kesusateraan . Bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu , Buddha dan Tamil . Perkataan kesusasteraan itu sendiri berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita .

 3. Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.

Sistem beraja muncul apabila kerajaan awal dipengaruhi agama Hindu dan Buddha .  Dalam sistem beraja, raja merupakan puncak pemerintahan . Raja juga berkuasa dalam pentadbiran , hubungan luar , ketenteraan dan khazanah negara . Raja juga mengubal undang-undang dan ianya wajib dilaksanakan . Raja juga ditakuti rakyat kerana wujud konsep dewa raja ( raja tuhan ) .

Konsep Orde Kosmos juga dipengaruhi agama Hindu –Buddha dalam sistem pemerintahan . Negara diaggap sebagai satu alam semesta dengan raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam . Konsep ini diamalkan Raja Suryavarman II yang memerintah Kerajaan Angkor . Raja dipercayai mempunyai kesaktian dan lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah .

Selain itu , Raja bercita-cita berkuasa terhadap seluruh alam semesta . Hal ini kerana , kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta didirikan . Oleh yang begitu, Raja Suryavarman membina Angkor Wat yang melambangkan Orde Kosmos . Raja akan dibantu oleh pembesar , gabenor pegawai tentera dan hakim . Brahmin juga memainkan peranan penting dalam upacara kegamaan .

Disamping itu, Adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan turut mempengaruhi agama Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan . Hal ini dapat mengukuhkan lagi kedaulatan raja . Adat istiabat ini dipimpin oleh golongan Brahmin dan agama raja juga telah diambil kira . Oleh itu , dapat membesarkan golongan raja daripada golongan yang diperintah .


JAWAB UNTUK JAYA

panitiasejarah@tss

CONTOH ESEI BAB 2 TINGKATAN 4

Berikut merupakan contoh esei yang telah dipilih untuk bulan ini. Terima kasih kepada Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (4B).


  1. a)Terangkan sumbangan seni bina tamadun china kepada peradaban dunia (8m)
Antara sumbangan seni bina tamadun cina yang terkenal adalah Tembok Besar China . Tembok ini mula dibina pada zaman Dinasti Chau dan diteruskan dinasti seterusnya . Tembok Besar China dibina sepanjang 1500km dari Kansu ke Peking .

            Tembok , pintu gerbang , parit besar dan menara merupakan binaan biasa terdapat di bandar-bandar purba China . Contohnya di Anyang , Changan , Peking , Loyang . Tembok-tembok tersebut diperbuat daripada tanah liat dan batu-batan . Tembok di kampung pula dibina dengan tanah lumpur . Didalam tembok dikelilingi parit besar , menara dan pintu gerbang , ditempatkan di istana yang menjadi kediaman Maharaja .

            Salah satu istana yang masih kekal ialah Kota Larangan di Peking . Kota ini mempunyai banyak dewan dan taman . Dewan-dewan tersebut berfungsi sebagai balai penghadapan , tempat hukuman dijatuhkan , tempat keraian dan perjumpaan .

            Kuil dan Paggoda juga merupakan binaan yang penting di China . Kuil yang besar biasanya mempunyai tempat tinggal , ruag tamu dan pusat pemujaan . Paggoda yang dibina biasanya terbentuk oktagon atau segi empat sama dan tingginya sehingga 15 tingkat . Namun bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat .

 b)Terangkan perkembangan ekonomi tamadun China . ( 8m )

 Antara perkembangan ekonomi tamadun China adalah kemajuan bidang pertanian . Pada zaman Dinasti Han , tenggala dicipta untuk membuat batas tanaman . Penciptaan kolar kuda yang membolehkan kuda manarik tenggala kayu , kereta kuda dan kereta sorong beroda juga dicipta pada zaman Dinasti Han . Pengenalan sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah . Teres mula dibina untuk pertanian sejak zaman Dinasti Shang . Sistem pengairan juga dibina seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir .

            Antara perusahaan yang menigkatkan ekonomi tamadun China pada Zaman Dinasti Han adalah perusahaan logam . Perusahan juga diusahakan sejak zaman dinasti Han . Hasil perusahan akan diperdagankan ke kawasan luar China iaitu rantau Asia Tenggara , India , Timur Tengah dan Eropah . Hasil ini juga diperdagankan di negara China sendiri . Pada mulanya , hasil ini dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudianya pada Zaman Dinasti Tang , jalan laut digunakan . Buktinya , terdapat tembikar China ditapak pelabuhan awal dikawasan tersebut .

            Disamping itu , muncul persatuan perdagangan untuk mengembangkan ekonomi di tamadun China . Persatuan perdagangan ini melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar . Ekonomi juga menjadi pesat kerana wujud sistem perhubugan iaitu jalan raya , jambatan dan alat pengakutan seperti kereta kuda dan kereta lembu .   


c) Terangkan sumbangan Sains dan Teknologi tamadun China (4m)

            Tamadun China juga turut sumbang dalan Sains dan teknologi . Antaranya , ilmu perubatan yang dipengaruhi oleh konsep keseimbangan Ying ( kuasa pasif ) dan Yang
( kuasa aktif ) yang boleh menentukan keadaan kesihatan seseorang . Konsep ini merupakan asas perubatan tradisioanal masyarakat China .

            Penciptaan teknologi membuat kertas turut dicipta di China . Teknologi ini dicipta oleh Chai Lun , seorang pegawai di istana Raja China . Penciptaan ini melibatkan pengunaan bahan mentah seperti rami , buluh , dan sayur-sayuran yang dicencang menjadi pulpa . Pulpa tersebut jemudian diratakan pada skrin boros , dituskan dan dikeringkan dalam bentuk kepingan yang nipis . Teknik ini disebarkan ke Barat pada kurun ke-13 masihi oleh orang islam .

            Masyarakat Cina juga mencapai ilmu penciptaan Layar Perahu . Meraka mencipta layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar untuk membolehkan pelayaran jarak jauh . Oleh yang demikian , ilmu pelayaran semakin meningkat dan berkembang maju . Penciptaan layar dan perahu merupakan alat pengankutan yang penting untuk mereka bergerak ke sesuatu tempat .

            Oleh kerana ilmu pelayaran semakin menigkat , aktiviti perdagangan laut juga menigkat yang turut menyumbang dalam bidang sains dan teknolodi tamadun China . Aktiviti ini dapat meningkatkan perhubungan antara kawasan ketika menjalankan aktiviti perdagangan .    



 JAWAB UNTUK JAYA

kpsejarah@tss

Tuesday, April 6, 2010

LAPORAN LAWATAN KE KOTA MELAKA 3 APRIL 2010

Satu Lawatan yang sangat menyeronokkan dan mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang kota Melaka. Cikgu mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan guru pengiring yang sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain dan tepat masanya untuk setiap lawatan. Ribuan terima kasih kepada Datin Hasiah Kadir yang turut menyertai rombongan ini.


1SEAFIELD, 1MALAYSIA


Akan datang ......... laporan dan gambar yang manarik.............. 

Regards
kpsejarah@tss

KEM TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM 2010

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM MENJAYAKAN KEM TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM PADA HARI INI.


Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
Masa : 7.30-9.55 pagi (kelas sastera)
           10.15 - 1.10 Tg (Kelas sains)
Tempat : Dewan Seri Kenangan


Secara umumnya, kem sejarah pada hari ini adalah tumpu kepada teknik menjawab soalan struktur, soalan esei dan soalan berbentuk KBKK.


a) Soalan struktur 
Perbanyakkan jawapan dalam bentuk ayat


b) Soalan esei
i) Apakah/Mengapakah/Bagaimanakah/Ceritakan/Berikan/Jelaskan/Nyatakan.
Jawapan : Fakta


ii) Terangkan..
Jawapan : Fakta + Huraian


ii) Huraikan....
Jawapan : Fakta+Huraian+Contoh


c) Soalan Bentuk KBKK
i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda...........
ii) Pada pandangan anda/peranan anda........................
iii) Apakah iktibar/pengajaran yang dapat anda........


Semua pelajar boleh rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing untuk penjelasan selanjutnya..Dari semasa kesemasa, cikgu akan tunjukkan model jawapan yang baik kepada pelajar.






Selamat Maju Jaya & Jawab Untuk Jaya
kpsejarah@tss

Friday, April 2, 2010

FORMAT KERJA KURSUS TINGKATAN SATU

Berikut merupakan format umum kerja kursus sejarah Tingkatan Satu :

1.TAJUK : SEJARAH DIRI DAN KELUARGA
2.MESTI MENGGUNAKAN KERTAS SAIZ A4 SAHAJA ( PUTIH / BERWARNA)
3.BOLEH DITULIS MENGGUNAKAN TANGAN (MENGGUNAKAN PEN) ATAU DITAIP MENGGUNAKAN KOMPUTER.
4.JIKA DITAIP MESTILAH GUNA FONT = TIMES NEW ROMAN, SAIZ = 12 & LINE SPACING = 2.0
5.MESTILAH PANJANG MELEBIHI 10 MUKASURAT.
6.HASIL KERJA KURSUS MESTILAH SECARA INDIVIDU DAN ASLI.
7.MAKLUMAT PERIBADI CALON HENDAKLAH DITULIS DI HALAMAN HADAPAN LAPORAN (KERTAS WARNA KUNING)
8.BAGI PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME, PELAJAR MESTILAH MENULIS ESEI BERDASARKAN ISI YANG DIBERI (RUJUK nota UNSUR PATRIOTISME).
9.TARIKH HANTAR KERJA KURSUS IALAH PADA  ...................................



Selamat Maju Jaya
kp sejarah@tss