Saturday, March 31, 2012

SESI PERBINCANGAN 1 : MALAYAN UNION 1946




SOALAN PERBINCANGAN :
Sekiranya anda sebagai pemimpin pada waktu itu, bagaimanakah anda menentang pelaksanaan Malayan Union ? KBKK

Sejarah Malaysia


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.wmv


British di Tanah Melayu


Malayan Union 1946

Bab 4 : Malayan Union1946

Sila rujuk ke Pautan berikut untuk maklumat tambahan tentang penubuhan dan penentangan Malayan Union :

  1. Malayan Union - Wikipedia Bahasa Melayu
  2. Sejarah Penubuhan Malayan Union
  3. Peristiwa Penting UMNO
  4. Koleksi Soalan KBKK SPM
PERHATIAN : Setelah melihat persembahan Video dan powerpoint yang disediakan. Cuba menguji penguasaan anda dalam Bab ini dengan menjawab latihan online yang disediakan. 
Malayan Union Proposal

Gagasan Malayan Union


Gerakan Menentang Malayan Union






SOALAN LATIH TUBI SECARA ONLINE :

  1. Soalan Objektif  : Malayan Union
  2. Soalan Esei : Malayan Union
  3. Soalan KBKK
  4. Soalan Perbincangan
  5. Lembaran Kerja, Skema Jawapan
SELAMAT BERCUBA
SEMOGA BERJAYA


Pearl Harbor


The Japanese Invasion of Malaya


Malacca History


Portuguese and The Conquest of Melaka



Saturday, March 24, 2012

ASEAN QUIZ 2012 PERINGKAT ANTARABANGSA

TARIKH : 22 MAC 2012
MASA : 9.00  - 10.30 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Seramai 14 peserta dari TIngkatan 3 dan 5 telah menyertai "Asean Quiz 2012" secara online di makmal komputer sekolah. Semoga mereka berjaya.

Murid-murid sedang menjawab soalan Kuiz secara Online
 

SEMOGA BERJAYA

Wednesday, March 21, 2012

TAHNIAH PELAJAR SEAFIELD SPM 2011

21 Mac 2012 (Rabu) tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar SEAFIELD yang berjaya dalam SPM 2011. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang telah membawa SMK SEAFIELD terbaik di PPD Petaling Perdana dengan sejumlah 75 pelajar mendapat semua A dan 7 pelajar mendapat semua A+. Saudari Yeo Xin Ying telah mendapat keputusan terbaik kebangsaan 12A+.
Pn Chong Ik Poh begitu gembira dan bangga semasa menerima keputusan untuk SEAFIELD daripada Pn Foziah Binti Buang PPD Petaling Perdana
Yeo Xin Ying menerima Anugerah Cemerlang SPM dari Tuan Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah JPNS
  

Berikut merupakan senarai nama pelajar yang mendapat SEMUA A+.
1. Yeo Xin Ying
2. Kaelen Ong
3. Scott Chung Chin Wei
4. Sumeeta
5. Olivia Phoon
6. Joshua Leow Hsern Zhuen
7. Vinnith A/L Ramamurti
Tahniah pelajar semua A

Pelajar cemerlang Kaelen Ong dan Samuel Saw bersama Pn Chong IK Poh & Yeo XY
 

Tahniah SMK SEAFIELD

SEAFIELD BOLEH


Sunday, March 18, 2012

KOIR SEAFIELD - KONSERT DI HEIDELBERG, GERMANY

PROGRAM : JARINGAN ANTARABANGSA
AKTIVITI : PERSEMBAHAN KOIR SEAFIELD DI HEIDELBERG, GERMANY
TARIKH : 9 - 18 MAC 2012

TAHNIAH DAN SYABAS kepada kumpulan Koir Sekolah yang telah berjaya mengadakan persembahan yang begitu hebat sekali di Heidelberg, Germany. Rombongan ini telah di ketuai oleh Puan Pengetua Zaleha Abu Hasan (Pengetua Cemerlang), Pn Chong Ik Poh, dan En Abdul Rahim bin Khalid. Semoga kumpulan Koir Seafield teruskan kecemerlangan pada masa depan.


VIDEO 1 : Choir Consert at Heidelberg, Germany
VIDEO 2 : Tepukan Gemuruh
VIDEO 3 : Konsert Bersama
VIDEO 4 : Lagu Malaysia

Star Educate, SUNDAY 18 MARCH 2012

Friday, March 9, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 - 2.30 ptg
Peserta : 41 pelajar dan 2 guru pengiring
Laporan oleh : Intan Syahirah Bt Shahrudin


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA
 Gambar kenangan lawatan ke Arkib Negara Malaysia

            Pada 8 Mac 2012, seramai 41 orang pelajar diiringi 2 orang guru penasihat iaitu Pn. Mohana dan Pn. Lim telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Arkib Negara yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini diadakan untuk menyemai sikap pelajar akan cinta kepada bangsa dan negara seterusnya mengetahui pengurusan dalam memelihara dan penyimpanan rekod-rekod penting di Arkib Negara Malaysia. Di samping itu, dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri pelajar.
Pada pukul 7.30 pagi, semua pelajar yang mengikuti lawatan ini telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat daripada guru pengiring. Tepat pukul 8.00 pagi, bas telah sampai di hadapan sekolah dan bersedia untuk memulakan perjalanan ke Arkib Negara . Pada pukul 9.30 pagi, kami sampai di Arkib Negara dan telah disambut oleh dua orang pegawai Arkib dan seterusnya kami diminta untuk ke kafeteria untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak Arkib.
Sesudahnya sarapan pagi, kami menaiki bas dan menuju ke Dewan Arkib Negara.  Lawatan sehari ini telah didahului dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai Seksyen Perhubungan Awam dan Promosi Arkib Negara iaitu Cik Nur Azua. Semasa di dalam dewan, pegawai telah menceritakan serba sedikit tentang sejarah Arkib Negara dan apa yang terdapat di sana. Selepas itu, tayangan video tentang sejarah arkib serta video kemerdekaan Malaya ditayangkan kepada kami. Banyak yang kami telah belajar semasa tayangan video itu dilangsungkan.
Kemudian ,selesainya tayangan video-video tersebut, kami dibenarkan untuk ke Pameran Audio Visual yang terletak di luar dewan. Banyak maklumat serta barang-barang bersejarah tentang audio dan video yang boleh dilihat di sana. Seterusnya, kami telah dibawa ke wisma warisan pentadbiran atau juga dikenali sebagai hospital arkib yang terdapat di luar dewan. Di sana, kami dapat melihat proses mengawet dan memelihara bahan bersejarah. Beberapa teknik pengawetan bahan-bahan bersejarah telah ditunjukkan kepada kami. Kami juga dapat melihat beberapa kakitangan sedang bertugas di bahagian masing-masing di dalam hospital arkib itu. Terdapat beberapa kakitangan sedang menjilid cover kulit haiwan dan seterusnya menyiapkan cover buku-buku tersebut.
Selepas itu, pelajar dibawa ke tempat penyimpanan bahan (rujukan penyelidikan) yang terdapat di dewan penyelidikan atau lebih dikenali seperti sebuah perpustakaan. Puan Shuzlina, iaitu pegawai yang bertugas di bahagian itu telah memberi taklimat kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk melihat sendiri buku-buku rujukan yang terdapat di dalam dewan penyelidikan itu.
Tepat jam 1.30 petang,semua pelajar diarahkan berkumpul di hadapan dewan. Pihak SMK Seafield berbesar hati memberi sedikit cenderahati kepada pegawai di atas kesudian menerima kedatangan kami semua ke sana. Para peserta lawatan berasa amat berpuas hati kerana berpeluang mengikuti lawatan yang banyak memberi manfaat dan input-input mengenai pemeliharaan dan penyimpanan dokumen-dokumen yang bernilai. Pada pukul 2.15 petang, para pelajar serta guru pengiring selamat tiba di perkarangan sekolah.

 
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI